Wanita Didatangi Lelaki Tak Dikenali Yang Mahu Merampas Kereta, Wanita Ini Ceritakan Detik Cemas Yang Dilaluinya

Wanita Didatangi Lelaki Tak Dikenali Yang Mahu Merampas Kereta, Wanita Ini Ceritakan Detik Cemas Yang Dilaluinya.Wanita Didatangi Lelaki Tak Dikenali Yang Mahu Merampas Kereta, Wanita Ini Ceritakan Detik Cemas Yang DilaluinyaHari ini diuji lagi 4/3/2019.. Allahuakbar..

Macam biasa rutin pagi pergi kerja.. Turun dari rumah,masuk kereta tiba-tiba seorang lelaki datang dekat kereta meminta aku keluar dari kereta.. Tarik-tarik holder pintu suruh aku keluar dari kereta.

Tapi aku berkeras tak nak keluar dari kereta. Lelaki tu memaklumkan bahawa kereta aku tu kereta dia punya. Aku curi kereta dia. Allahu, berderau darah aku waktu tu. Siap ketuk-ketuk kereta aku lagak samseng. Dan tunjukkan details nama alamat IC no hp dan no chasis (menyatakan aku curi dia punya -klon dia punya). Siap ambil gambar aku waktu dalam kereta.

Aku cuba call husband tak dapat sebab hanphone off tengah charge. Masa tu aku buntu sangat-sangat. Hanya istighfar banyak-banyak kali. Dengan bantuan Allah, aku teringat group perumahan aku aku kol AJK minta bantuan.

Wanita Didatangi Lelaki Tak Dikenali Yang Mahu Merampas Kereta, Wanita Ini Ceritakan Detik Cemas Yang Dilaluinya

Bila AJK sampai, aku turun dr kereta aku pergi panggil husband aku dan bawa bersama geran kereta aku. Waktu kejadian, semasa aku panggil husband aku lelaki bersama seorg wanita memaklumkan wanita itu sedara aku. Nak settle kan kes kami. Bila aku turun dia maklumkan kereta dia hilang 5 bulan lepas dan aku curi kereta dia. Nak jadikan cerita, lelaki ni pusing-pusing cerita dan call seorang lelaki. Lelaki ni menyatakan dia seorang lawyer. Kami panggil polis, bila polis bercakap dgn lelaki berkenaan dia maklumkan dia SPRM.

Bila aku nak buat report polis, lelaki itu meminta maaf dan tak bagi aku report polis dan tak nak panjangkan cerita. Bila aku minta kertas yg terdapat semua details aku, lelaki itu kata dah buang, aku cakap bila masa u buang, bila minta lagi dia koyakkan kertas yg ada segala details aku atas alasan aku xnak maafkan dia.. Tapi aku bertegas utk report sbb waktu aku keseorangan dalam kereta dia siap ajak aku pergi balai polis atas sebab aku curi kereta.

Wanita Didatangi Lelaki Tak Dikenali Yang Mahu Merampas Kereta, Wanita Ini Ceritakan Detik Cemas Yang Dilaluinya

Lelaki dan perempuan berkenaan maklumkan akan pergi balai tetapi mereka lari menaiki Grab. Anggota polis berkenaan memaklumkan lelaki berkenaan mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk dadah.

Aku rasa dia mungkin dah follow aku lebih seminggu. Ada penduduk kawasan aku maklumkan dalam pukul 7 malam 3/3/2019 lelaki ini sudah datang tengok datang kereta ambil gambar kereta keliling.. Penduduk berkenaan tanya pada lelaki ini knp ambil gambar kereta ni, kamu siapa? Lelaki ni maklum dia penarik kereta dan kereta aku ada hutang bank jadi kereta aku bank suruh tarik. Bila penduduk ni nampak lelaki ni beserta ahli jawatan kuasa penduduk sini, terus dia maklum aku pasal lelaki ni dah datang semalam..

Wanita luar sana, tolonglah berhati-hati dan berwaspada selalu kerana bahaya itu ada di mana-mana. Mungkin kes ni berkaitan dengan nota yg ditinggalkan di wiper kereta aku seminggu yang lepas yg mula-mula kata mencari sedara dgn menyatakan kereta itu sedara dia punya lepastu kata kunci spare tertinggal dalam kereta minta alamat rumah. Mungkin dia aim pemilik kereta dan pemandu perempuan.

Aku masih trauma dengan kes pagi tadi. Allahu. Hanya Allah tempat aku minta pertolongan..

p/s: Semoga kita semua berhati-hati dan berwaspadalah setiap masa.

Sumber: Facebook Pearl Wan Madiah

Facebook Comments