Wanita Ditinggalkan Suami Dan Dipulaukan Orang Kampung, Didakwa Melahirkan Anak ‘Syaitan’

Seorang wanita dari Rwanda ditinggalkan oleh suami dan keluarganya kerana mendakwa dia melahirkan anak ‘syaitan’.Wanita Ditinggalkan Suami Dan Dipulaukan Orang Kampung, Didakwa Melahirkan Anak ‘Syaitan’

Menurut wanita yang dikenali sebagai Bajeneza Liberata itu, dia ditinggalkan oleh suami dan keluarganya hanya beberapa hari selepas melahirkan seorang bayi yang mempunyai keadaan fizikal yang ‘berlainan’ dengan bayi biasa. Ini kerana kepala anak mereka yang agak berbeza dengan bayi-bayi lain.

Suaminya tidak dapat menerima anak bongsu mereka yang dilahirkan dengan fizikal yang berbeza apabila melihatnya di depan mata dan tidak mahu bertanggungjawab keatasnya. Si bapa malah menganggap anak kandungnya itu sebagai anak ‘syaitan’.Wanita Ditinggalkan Suami Dan Dipulaukan Orang Kampung, Didakwa Melahirkan Anak ‘Syaitan’Lagi teruk apabila si bapa juga menyuruhnya untuk mengambiI nyawa bayi tersebut.

Dia bukan sahaja ditinggalkan suami dan keluarga tetapi juga dipulaukan orang orang-orang kampung hingga ada yang menggelar anknya sebagai makhluk asing kerana mempunyai kepala yang berbeza.

Wanita Ditinggalkan Suami Dan Dipulaukan Orang Kampung, Didakwa Melahirkan Anak ‘Syaitan’

Wanita ini juga tidak tahu apa masalah sebenar yang berlaku terhadap anak bongsunya itu. Sebelum ini anak-anak mereka yang lain semuanya lahir dalam keadaan normal dan tidak mempunyai masalah kesihatan.

Kisah mengenai Bajeneza Liberata dan bayinya itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen bersimpati dengan si ibu dan anaknya itu.Wanita Ditinggalkan Suami Dan Dipulaukan Orang Kampung, Didakwa Melahirkan Anak ‘Syaitan’

Anaknya perlu dibawa untuk mendapatkan perubatan dan rawatan di luar negara kerana pakar perubatan di Rwanda tidak dapat memastikan apa masalah dan keadaan sebenar anaknya itu.

Satu tabung telah digerakkan di platform ‘GoFundme’ bertujuan untuk membantu Bajeneza Liberata dan anaknya agar anaknya boleh mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan dengan segera.

 

Facebook Comments Box