Memang satu benda biasa sekiranya seorang suami memberi atau membelikan barangan untuk isterinya dalam setiap keluarga. Seorang wanita menjawab tuduhan netizen mengatakan dirinya seorang kaki kikis. Dituduh kikis duit suami, kikis kereta, kikis emas.
Dulu beli 2,3g pun tak mampu…syukur bila suami kata tiap bulan akan dapat emas RM25 ribu
Jika sebelum ini tak mampu untuk membeli barang kemas langsung, Instafamous bernama Hajar Hanif ini meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila suaminya menyatakan hasrat untuk berikan emas berjumlah RM25 ribu kepadanya setiap bulan.
Bagai mimpi jadi kenyataan, wanita berusia 24 tahun ini turut menyatakan ini semua adalah reward hasil kejayaan mereka dalam perniagaan kosmetik.
Susulan itu Hajar tampil menjawab yang dia pasti takkan berkahwin tanpa minta sebarang hantaran jika ada perangai sebegitu. Malah mulut orang lain yang tak pernah berhenti mengata juga takkan sesekali mempengaruhi kebahagaiaan rumah tangga yang dikecapi sekarang.
KAKI KIKIS TAKKAN NAK KAHWIN FREE?
sedap je mulut certain people yang kata i kaki kikis. Kata kikis Keretalah, emas lah! Padahal titik peluh bersama. Fyi, tu business kami bersama, modal dari dulu semua bersama. Tahun ni baru alhamdulillah rasa nak reward diri. Sebelum ni tak pernah belikan diri sendiri apa apa. Rasa sayang nak belanja sebab dulu tahu struggle mcmana.
Kalau i jenis kaki kikis, i tak kahwin TANPA HANTARAN. Luckily my parents ni jenis cool. My dad tak suka tengok kitorg gi sana sini, so dia suruh cepat cepat kahwin sebab taknak “something” happen? so ajak family and kawan rapat je masa akad nikah. Ada my family from my side nak pinjamkan duit sebab takut orang mengata sbb takda duit hantaran. And i said. Biarlah. Ni hidup hajar & mikhail. Dorang punya mengata tu takkan pernah effect kebahagiaan hidup kitorg pun. Mengatalah banyak mana pun. Happiness tu kitorg yang rasa. Kitorang masa tu masih student. Umur 21&22. Fuh! Mikhail jumpa umi, hari hari kata nak kahwin dgn hajar. HAHAHAAHAHAHAHA
Ada lagi ke mak ayah yang tak kisah tentang duit hantaran? That is why i sangat kagum dengan sikap mak ayah i. THEY ARE TOTALLY DIFFERENT! Dorg terima je apa apa, Asalkan i bahagia. Jangan berani sentuh tentang mak ayah i. Whoever you are. They are too perfect for me. I bangga jadi anak dorang. Sangat bersyukur.
Tapi alhamdulillah rezeki selepas kahwin, i diuji. Tapi lepas ujian terbesar tu, Allah bagi rezeki mencurah curah! Alhamdulillah ya Allah. Yang penting sayang pasangan tu ikhlas kerana Allah, usaha keras sama sama. Allah Maha Besar. Satu satu Allah bagi apa yang kitorg idamkan. ALLAHUAKBAR!???
kitorang plan nak buat majlis kahwin! Rancang nak buat tahun depan sebab tahun ni tak sempat? and sebab dah beranak! Hahaha kita anjak tahun depan insyaAllah❤️
Tak sabar nak sanding!!!! @mizisaaq
Berkat susah senang bersama suami harungi pelbagai ujian terdahulu, Hajar bersyukur rezeki lepas kahwin mereka selalu datang mencurah-curah.
Sumber : Terengganu TV, Kecoh Habis