Wanita Hidup Kembali Selepas Disahkan Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Wanita yang disahkan meninggal dunia akibat wabak koronavirus (Covid-19) tiba-tiba bangun selepas menerima rawatan di hospital di Guayaquil, Ecuador .
nangtime.com - Wanita Hidup Kembali Selepas Disahkan Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Menurut AFP, berita mengejutkan itu membuatkan ahli keluarga sangat gembira namun timbul persoalan mayat siapa yang mereka kebumikan.

Pada Mac lalu, Alba Maruri, 74, dikejarkan ke sebuah hospital kerana mengalami sesak nafas dan demam sebelum disahkan meninggal dunia pada 27 Mac.

Seminggu kemudian, keluarganya datang untuk mengambil mayat Maruri namun tidak berani mendekatinya kerana bimbang dijangkiti.

Anak saudara Maruri, Jaime Morla mengaku bahawa itu adalah mayat ibu saudaranya apabila mendapati bahagian badan sama seperti Maruri tanpa melihat wajahnya.

Keluarga kemudian membawa mayat Maruri ke rumah untuk urusan pengebumian namun pada 23 April, seorang wanita yang disahkan Maruri masih dirawat di hospital.

nangtime.com - Wanita Hidup Kembali Selepas Disahkan Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Ketika sedar wanita itu memberitahu doktor identitinya dan meminta mereka memanggil saudaranya, Aura.

Aura mengatakan kepada media di Ecuador bahawa hospital menghubunginya pada Jumaat dan memberitahunya ibu saudaranya dalam keadaan baik dan boleh pulang.

“Ini keajaiban. Selama hampir sebulan kami anggap dia sudah mati dan selama ini kami simpan abu orang lain,” katanya.

Kata Aura, sehingga kini, pihak hospital belum mengesahkan mayat siapa yang mereka bawa pulang. – Sinar Harian

Facebook Comments Box