Wanita Kesal Pekerja Pasar Raya Enggan Bantu Angkat Barang Meskipun Dia Sudah Berbelanja Sebanyak RM5,000

Seorang wanita memarahi pekerja di sebuah pasaraya kerana enggan membantunya mengangkat barang yang sudah dibelinya di situ. Tindakan wanita itu bagaimanapun tidak disenangi ramai orang dan mengakibatkan wanita ini mendapat kecaman daripada orang ramai.Wanita Kesal Pekerja Pasar Raya Enggan Bantu Angkat Barang Meskipun Dia Sudah Berbelanja Sebanyak RM5,000

Dalam video yang tular, wanita tersebut yang merupakan seorang peniaga pencuci mulut terkenal telah membuat siaran langsung di akaun TikToknya dan meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap pekerja pasaraya berkenaan.

Menurut video yang dikongsikannya, wanita ini sudah berbelanja dan mengeluarkan wang sebanyak RM5,000 di pasar raya berkenaan. Namun begitu dia berasa kesal kerana pekerja di pasar raya tersebut tidak mahu membantunya mengangkat barang-barang dibelinya ke kenderaan miliknya.

Walaubagaimanapun, tindakan wanita ini yang seakan-akan memarahi pekerja berkenaan tidak disenangi oleh orang ramai yang malah berpendapat bahawa wanita ini angkuh dan tidak bertimbang rasa.

Antara komen-komen netizen:Wanita Kesal Pekerja Pasar Raya Enggan Bantu Angkat Barang Meskipun Dia Sudah Berbelanja Sebanyak RM5,000

Noor Azila Solleh
Tolong la akak uiii, ingat pekerja pasaraya tu assistant akak ka? pa akak ka? Dah akak yg beli barang akak la yg angkat??

Jeffrey Shaari
Lain kali dah spend 5k bayar la extra 200 ka habuan tukang angkat calculate laa dalam transport awak ..adoiyaiiii ini pon nak kena ajar lain la awak nak spend 5 k tu dill ngan tokey dia

Shahrul Amin
Bayar 5k ke tau 10k ke…itu harga barang yg kau beli bkn harga atau gaji kau bagi untuk upah pekerja.ckp elok² sudah.nak minta tolong bg lah advance sikit.kat pekerja tu budi bicara.5K boleh belanja 50 hulur lahh sket duit minum org tu setal.Wanita Kesal Pekerja Pasar Raya Enggan Bantu Angkat Barang Meskipun Dia Sudah Berbelanja Sebanyak RM5,000

Minnie Ruby Ct
Ko bayar utk barang ko beli,bukan bayar gaji dia..If dia nak tolong,tu kira dia ikhlas,ingt kerja retail ni semua berdiri mcm kayu tnggu korang beli n tolong korang je,then kerja lain Sapa nak buat?Shelf kosong Sapa nak fill up?
Kang retail staff minta service charge,tahu pula kena complaint sampai ke level kerajaan…
Dah la semua tmpt now shortage manpower n diaorg buat multitask..Lagi nak hadap cust mcm ni?

 

Facebook Comments Box