Wanita Masih Lagi “Mengandung” Selepas 46 Tahun Dulu Tidak Melahirkan Anak Itu. Tahukah anda yang sebenarnya ada wanita dalam dunia ini tidak sedar yang mereka itu mengandung? Aneh bukan?
Tetapi disebabkan oleh simptom mengandung yang berbeza, itu membuatkan wanita itu tidak sedar atau berasa yang mereka itu sedang mengandung.
Atau, ada juga wanita yang yang tidak mengalami sebarang simptom, tetapi tiba-tiba merasai kesakitan di bahagian perut tetapi tidak rasakan kesakitan itu ada kaitan dengan mengandung dan beranak kerana tidak tahu diri itu mengandung.
Namun, untuk kes seorang wanita daripada Casablanca, Morocco ini sedikit berbeza. Pada tahun 1955, Zahra Aboutalib, 26 tahun tahu yang dirinya sedang hamil, dan dia telah dibawa ke hospital selepas 48 jam ingin bersalin.
Selepas melakukan pemeriksaan rutin, doktor mengatakan yang Zahra perlu dibedah. Tetapi, selepas terlihat seorang wanita meninggal ketika sedang bersalin, Zahra bertindak meninggalkan hospital dan berjanji tidak akan datang kembali.
Oleh itu, dia telah mengalami kesakitan selama beberapa hari tetapi kesakitan itu kemudian hilang sehingga dia sendiri terlupa yang dirinya masih mengandung dan belum bersalin.
Disebabkan takut melihat orang melahirkan anak, Zahra telah mengambil tiga orang anak angkat. Tetapi, ketika berusia 75 tahun, kesakitan itu mula menghantuinya Zahra dan anaknya yang bimbang dengan kesihatan ibunya telah membawa Zahra berjumpa dengan pakar.
Profesor Taibi Ouazzani mengesyaki punca perut menonjol Zahra itu adalah disebabkan oleh tumor ovari, jadi dia menyuruh Zahra melakukan ultrasound, yang kemudian menunjukkan satu jisim besar yang tidak dapat dikenal pasti dalam perut Zahra.
Rupa-rupanya, Zahra masih lagi “mengandung” dan anaknya yang sepatutnya lahir 46 tahun lepas masih berada di dalam perutnya tetapi telah bertukar menjadi “bayi batu”.
‘Lithopedion’ atau bayi batu adalah fenomena yang jarang terjadi dan hanya berlaku apabila janin mati ketika kehamilan abdominal, kerana terlalu besar untuk dimasukkan semula ke dalam badan dan menenangkan tindak balas bahagian luar ibu, melindungi badan ibu daripada tisu mati janin dan mencegah jangkitan.
Zahra Aboutalib mengalami kehamilan ektopik, dimana telur telah berlaku pada fallopian tube. Janin yang berkembang, keluar daripada fallopian tube dan terus berkembang di dalam perut, menyebabkan kesakitan yang sering dialaminya.
Namun, janin seberat 7 pound dan sepanjang 42cm itu telah Berjaya dikeluarkan dan Zahra kini berada di dalam keadaan stabil.