Wanita Mengadu Gatal Tekak Sudah 5 Hari, Doktor Jumpa Cacing Hidup Dalam Tonsilnya.
Seorang wanita sebelum ini mengadu mengalami gatal dan sakit kerongkong sama sekali tidak menyangka bahawa ada cacing hidup dalam tonsilnya. Bukan hanya tonsil, tetapi cacing gelang berada dalam bahagian tekaknya yang sakit.
Itu pengalaman menakutkan dialami seorang wanita Jepun selepas doktor mengesahkan sakit dialaminya disebabkan parasit hidup di dalam tonsilnya.
Perkara itu hanya diketahui selepas beliau ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Wanita berusia 25 tahun itu menjalani pemeriksaan di Hospital Antarabangsa St Luke, Tokyo selepas lima hari rasa tidak selesa, gatal dan sakit pada tekak.
Selepas pemeriksaan, doktor menemui cacing hidup sepanjang 4 inci yang masih bergerak dalam tonsil kiri wanita berkenaan. Mujurlah doktor berjaya mengeluarkan cacing tersebut menggunakan peralatan khas.
Ujian DNA pada cacing tersebut mendapati ia adalah larva tahap keempat, juga dikenali sebagai cacing gelang parasit.
Ia wujud pada seekor inang memakan larva pada ikan laut mentah atau kurang matang, dipercayai daripada makanan istimewa Jepun iaitu sashimi yang terdiri daripada ikan mentah segar.
Kredit: Era