Wanita Obses Besarkan Pipi Kerana Dianggapnya Cantik

Meskipun sudah memiliki pipi tersebar di dunia, seorang wanita masih tidak berpuas hati dan terfikir untuk mencantikkannya lagi. Wanita yang bernama Anastasia Pokreshchuk dari Ukraine mengakui dirinya sangat sukakan penampilan barunya namun tidak merancang untuk berhenti.nangtime.com - Wanita Obses Besarkan Pipi Kerana Dianggapnya Cantik

“Mungkin ada yang anggap pipi ini sudah terlalu besar, namun saya fikir ia agak kecil dan saya perlu mencantikkannya lagi,” katanya.

Bukan sekadar di pipinya saja, Anastasia turut melakukan pengubah suaian pada bibir dan mulut.
Malah, dia turut menjalani prosedur suntikan botox pada dahi, rahang dan dagu untuk memberikan bentuk muka yang baharu.

Dia juga turut berkongsi penampilan terbaharunya di laman Instagram yang memiliki 220,000 pengikut dengan catatan: “Sedar kelihatan pelik”.

nangtime.com - Wanita Obses Besarkan Pipi Kerana Dianggapnya Cantik

“Saya sukakannya (wajah) berbentuk sedemikian dan sangat gembira. Saya juga sering menyuntik sendiri bahagian lain pada wajah,” katanya.

Dia juga mengakui menerima banyak komen negatif daripada warganet tetapi mengambil sikap untuk tidak mempedulikannya.

nangtime.com - Wanita Obses Besarkan Pipi Kerana Dianggapnya Cantik

“Ada juga terima mesej dan komen keterlaluan mengenai wajah ini namun ia hanya menyebabkan saya ketawa,” katanya.

Anastasia Pokreshchuk yang berusia 30 tahun memberitahu dirinya sehingga kini sudah membelanjakan lebih RM8,000 untuk mencantikkan pipinya sejak empat tahun lalu.

nangtime.com - Wanita Obses Besarkan Pipi Kerana Dianggapnya Cantik

Selain itu, Anastasia Pokreshchuk juga memberitahu dirinya kini dalam perancangan untuk menjalankan pembedahan pembesaran payud*ra kerana dianggapnya terlalu kecil dan seterusnya melengkapkan transformasi dirinya.

 

Facebook Comments Box