Tular mengenai pergaduhan antara dua orang peniaga yang dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang salah seorang daripada mereka. Menerusi video yang ditularkan, pergaduhan itu melibatkan peniaga laksa dan peniaga keropok lekor dan berlaku di sebuah tapak perniagaan di Taman Koperasi LLN, Kajang.
Wanita yang menjual keropok lekor dipercayai sudah lama beniaga di tapak tersebut dan dipercayai tidak puas hati dengan kehadiran wanita yang menjual laksa membuka gerai disebelahnya.
Menurut cerita, semasa peniaga laksa membuka kedai, makcik penjual keropok lekor tersebut datang kearah mereka dan menterbalikkan barangan niaga mereka hingga bersepah.
Selepas itu, wanita penjual keropok lekor itu selamba berlalu pergi ke gerainya dan terus sambung menggoreng keropok seolah tiada apa-apa berlaku.
Peniaga keropok lekor berlalu pergi dan terus menggoreng keropok seolah tiada apa-apa..
Susulan kejadian tersebut satu laporan polis telah dibuat oleh wanita peniaga laksa.
‘Done buat report. 4 jam dekat balai.. May Allah ease everything. Thank you semua yang tolong disaat saya ditimpa kesusahan. Semoga Allah SWT balas balik jasa korang semua.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan peniaga keropok lekor terbabit. Netizen persoalkan kenapa peniaga keropok lekor perlu bertindak sedemikian malah barangan yang dijual mereka juga sangat berbeza, satu jual keropok lekor, satu lagi jual laksa,
“Bukan sebelah tu jual barang makanan sama pun, apehal pulak pergi terbalikkan barang niaga orang lain, hang jual keropok lekor, orang sebelah jual laksa,” – Hazriel Yusof.
“Tak lama dah orang tu boleh berniaga ALLAH nanti bagi cash. Serupa tak dak agama. Patut la melayu tak maju” – Ghazali Saad
“Tak percaya ke rezeki tu dari Allah, Ni baru meniaga makanan lain-lain. Kalau meniaga jenis makanan sama, mau dibakar khemah orang tu.” Puteri Rashidah
VIDEO:
Penjaja keropok lekor tak berpuas hati dengan kehadiran penjaja di sebelahnya yang menjual laksa.
Habis laksa diterbalikkan olehnya.
Mengapa perlu "busuk hati" sesama penjaja kecil?
Lokasi di Taman Koperasi LLN, Kajang. pic.twitter.com/NrNN0DOkPL
— MyWatch (@My_CrimeWatch) June 22, 2021
Selepas kejadian, dikatakan suami kepada peniaga keropok lekor telah meminta maaf kepada peniaga laksa.