Wanita Sanggup Langgar PKP Untuk Kumpul Tin, Rupanya Ada Permintaan Anak Yang Mahu Dipenuhi

JIKA kita berasa kita susah, tetapi sebenarnya ada yang lebih susah daripada kita. Namun, bukan bermakna yang merasai kesusahan itu hanya mahu duduk goyang kaki dengan mengharapkan bantuan dan ihsan orang ramai semata-mata.nangtime.com - Wanita Sanggup Langgar PKP Untuk Kumpul Tin, Rupanya Ada Permintaan Anak Yang Mahu Dipenuhi

Seperti yang dialami seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) bagi organisasi bantuan kemanusian, Malaysia Relief Agency di Johor.

Petugas berkenaan menerusi halaman Facebook dengan nama Shamsiah Shaaban berkata, semasa dalam perjalanan pulang, dia menemui dua beranak yang berada di kawasan awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ibu dan anak ditumpangkan pulang ke rumah.

“Dalam perjalanan pulang semalam, kami terserempak dengan mereka. Maknya tengah kutip tin-tin, botol-botol kosong untuk dijual.

“Dalam musim Covi1d-19 ni si mak ambil risiko bawa anak untuk keluar mencari tin-tin kosong untuk dijual, ” tulisnya menerusi perkongsian yang menjadi tular.

nangtime.com - Wanita Sanggup Langgar PKP Untuk Kumpul Tin, Rupanya Ada Permintaan Anak Yang Mahu Dipenuhi

Dalam pertemuan itu, Shamsiah memberitahu, wanita berkenaan menjelaskan dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada siapa yang dapat menjaganya di rumah.

Tambahnya, wanita tersebut turut memaklumkan suaminya telah meninggal dunia.

“Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur… anak saya nak makan nasi lauk telur’.

“Siapa tak sentap dengar, kami pelawa untuk hantar mereka pulang dan berikan sedikit sumbangan. Anak kecil yang tak mengerti apa-apa, tenang bermain dan ketawa membuatkan kami sebak, ” katanya.

Anak teringin makan lauk telur
Kami berhenti, kami tanya. Jawapan dia ‘Saya nak jual tin-tin ni nak cari duit untuk beli telur. Duit saya tingal RM2 sahaja. Anak pula haus nak air, dah beli air tak dapat beli telur… anak saya nak makan nasi lauk telur’

nangtime.com - Wanita Sanggup Langgar PKP Untuk Kumpul Tin, Rupanya Ada Permintaan Anak Yang Mahu Dipenuhi

Susulan perkongsian itu, Shamsiah berkata, ramai yang tampil untuk memberi bantuan kepada wanita tersebut dan anaknya menerusi hashtag atau tanda pagar #kakaktin.

Menerusi video penstriman secara langsung di Facebook miliknya keesokan hari, Shamsiah memberitahu dia dan rakan setugasnya kembali menemui wanita berkenaan untuk menyalurkan bantuan hasil sumbangan orang ramai kepada badan itu.

“Kita akan bantu secara berperingkat. Atas bantuan orang ramai, kita akan belikan keperluan dia, ” katanya.

Anak kecil tidur di atas tilam yang usang.

Menurut Shamsiah, pihaknya turut berkesempatan berkunjung ke rumah wanita itu bersama anaknya dekat Kluang, Johor.

“Rumah dia agak teruk, tak ada tikar getah, tak ada kipas… tak ada apa. Kita akan bantu dahulu… bersihkan rumah dia, beri keselesaan, ” katanya.

Walaupun menerima bantuan keperluan asas, Shamsiah mendedahkan keperibadian wanita itu yang sanggup berpenat-lelah demi menyara kehidupan bersama anaknya.

“Tak ada duit susah, tapi dia tak nak menyusahkan orang jadi dia cubalah usaha. Bekerja cari tin, botol, ” katanya sambil mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan.

Alhamdulillah, semoga insan-insan yang baik seperti Ustaz Ebit Lew dan seangkatan dengannya dapat terus memberi sumbangan dan membantu mereka yang kurang berkemampuan

Pedulikan suara-suara sumbang yang hanya tahu mengkritik di media sosial tanpa turun padang untuk membantu.

Facebook Comments Box