Wanita Sembunyikan Pertemuannya Dengan Rakan Lelaki, Kontak Rapat Covid-19 Dipenjara 5 Bulan

Seorang wanita Singapura hari ini dihukum penjara lima bulan kerana menyembunyikan pertemuannya dengan seorang rakan lelaki daripada pengesan kontak coronavirus.nangtime.com - Wanita Sembunyikan Pertemuannya Dengan Rakan Lelaki, Kontak Rapat Covid-19 Dipenjara 5 Bulan

Difahamkan, wanita terbabit tidak mahu keluarganya menyangka dia mempunyai hubungan sulit atau bercinta dengan rakan lelakinya itu.

Oh Bee Hiok, 65, bertemu rakan rapatnya, Lim Kiang Hong, 72, lima kali dalam masa beberapa minggu sebelum diuji positif COVID-19 pada Februari lalu.

Namun, dia dengan sengaja menyembunyikan maklumat itu daripada pengesan kontak kementerian kesihatan, demikian dinyatakan dokumen mahkamah.

“Dia tidak mahu keluarganya atau keluarga Kiang Hong, 72, mengetahui yang mereka kerap keluar kerana berfikiran keluarga dan rakan akan mengesyaki mereka mempunyai hubungan luar nikah,” menurut dokumen mahkamah.

Pegawai mengetahui mengenai pertemuan itu selepas menyemak rekod letak kereta, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan transaksi kad kredit.

Selepas dimasukkan ke hospital akibat coronavirus, Bee Hiok bercakap dengan Kiang Hong melalui telefon dan memintanya merahsiakan pertemuan mereka tetapi Kiang Hong juga disahkan positif COVID-19 pada Mac.

nangtime.com - Wanita Sembunyikan Pertemuannya Dengan Rakan Lelaki, Kontak Rapat Covid-19 Dipenjara 5 Bulan

Ketika menjatuhkan hukuman ke atas Bee Hiok, Hakim Marvin Bay, berkata alasan wanita itu untuk menyembunyikan maklumat adalah ‘mementingkan diri sendiri… dalam kepentingan awam yang mendesak untuk mengawal wabak itu’.

“Dalam hal ini, mahkamah perlu menghantar mesej yang jelas bahawa sebarang tindakan menyembunyikan maklumat yang mungkin mengelirukan pengesan kontak tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Bee Hiok mengaku bersalah atas tuduhan menghalang usaha mengesan kontak.

Hukuman maksimum bagi kesalahan itu adalah denda S$10,000 (RM30,445), enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

nangtime.com - Wanita Sembunyikan Pertemuannya Dengan Rakan Lelaki, Kontak Rapat Covid-19 Dipenjara 5 Bulan

Singapura pada mulanya mengawal COVID-19 melalui pengesanan kontak yang ketat, namun virus itu kemudian merebak melalui asrama yang menempatkan pekerja asing berpendapatan rendah.

Negara itu melaporkan lebih 58,800 kes jangkitan virus, namun mempunyai jumlah kematian yang rendah iaitu 29 kes.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box