Wanita Terkejut Hamil Dan Melahirkan Anak Sedangkan Tiap Bulan Masih Datang Haid

Wanita berusia 23 tahun ini langsung tidak mengetahui bahawa dia hamil sehinggalah dia tiba-tiba melahirkan bayi lelaki. Jessica Aaldering terkejut apabila selamat melahirkan bayi di atas kerusi di klinik pergigian.nangtime.com - Wanita Terkejut Hamil Dan Melahirkan Anak Sedangkan Tiap Bulan Masih Datang Haid

Lebih mengejutkan, dia tidak mempunyai perut besar seperti ibu hamil dan masih datang haid setiap bulan seperti biasa.

Pada mulanya, Jesscia mula merasa sakit di perutnya setelah menghantar anaknya ke sekolah. Dia mengatakan bahawa dia menyangka kesakitan itu disebabkan dia jatuh akibat tergelincir sebelum ini.

Nasib baik sebab seorang anggota polis kemudian melihatnya dalam kesakitan dan hampir tidak dapat berdiri. Dia bergegas membantu, membimbingnya ke klinik pergigian berhampiran.

nangtime.com - Wanita Terkejut Hamil Dan Melahirkan Anak Sedangkan Tiap Bulan Masih Datang Haid

Semuanya berlaku begitu cepat, saya hampir tidak sempat duduk di kerusi doktor gigi itu.

Wanita itu dan pegawai polis sama-sama terkejut dengan apa yang berlaku dalam sekelip mata. Pegawai polis itu mengatakan bahawa ianya berlaku terlalu cepat dan dia tidak sempat untuk memakai sarung tangan untuk menyambut bayi itu.nangtime.com - Wanita Terkejut Hamil Dan Melahirkan Anak Sedangkan Tiap Bulan Masih Datang HaidBagaimanapun, bayi itu terputus tali pusat dan petugas menyedari bahawa bayi itu tidak bernafas dan tidak bersuara. Pegawai polis itu segera mula mengurut dada bayi dan akhirnya bayi itu menarik nafas pertama dan mula menangis.

 

Sebuah ambulans berada di sana dalam beberapa minit dan membawa Jessica dan bayinya yang baru lahir, yang dia namakan Herman, ke hospital.

 

Mereka mendapati Herman, yang dilahirkan 10 minggu lebih awal mengalami masalah paru-paru. Namun, dia dilaporkan stabil setelah menghabiskan masa di inkubator.

Sumber: HCL

Facebook Comments Box