Di dunia ini, kita percaya bahawa tiada seorang pun yang bergelar ibu yang tidak sayangkan anaknya namun tetap juga akan ada kes ibu yang mengabaikan anak-anaknya.
Seperti 5 ekor anak harimau yang comel ini yang diabaikan dan tidak dipedulikan oleh ibu mereka sejak dilahirkan hingga sekarang. Kesemuanya dilahirkan dalam keadaan sihat dan baik tetapi ibu mereka kelihatan tidak mempedulikan mereka sejak lahir hinggakan penjaga zoo memikirkan cara untuk membantu anak-anak hariamau tersebut.
Akhirnya mereka memutuskan untuk meletakkan seekor ibu anjing untuk cuba menggantikan ‘tempat’ ibu harimau untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak harimau tersebut.
Meskipun begitu, pihak zoo juga sedikit bimbang dengan penerimaan anak-anak harimau terhadap ‘ibu angkat’ mereka itu dan juga bagaimana reaksi ibu anjing itu terhadap anak-anak harimau.
Ibu anjing juga seolah-olah memahami keadaan anak-anak harimau tersebut dan dia mulai rapat dengan mereka dan menjaga mereka dengan berikan susu, makanan seperti anak-anak sendiri.
Anak-anak harimau sudah menganggap ibu anjing sebagai ibu mereka hubungan mereka sangat rapat.
Selain itu, anak-anak harimau ini juga kelihatan semakin gembira dengan kehadiran ‘ibu angkat’ mereka dan menganggapnya sebagai ibu mereka sendiri.