Umpama Durian Runtuh, Lelaki Keluarkan Duit Di ATM Mendapat Wang Kertas ‘Rare’ Paling Bernilai Tinggi

Seorang lelaki berusia 72 tahun langsung tidak menyangka akan menemui sesuatu yang ‘berharga’ apabila mengeluarkan duit di sebuah ATM.Lelaki Keluarkan Duit ‘Rare’ Di ATM Yang Sangat Bernilai

Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, lelaki yang juga pesara ini telah menjumpai sekeping wang kertas yang unik dan ‘rare’ ketika mengeluarkan duit di ATM.

Lelaki yang dikenali sebagai Peter Coleman ini dikatakan bakal bergelar orang kaya baharu selepas secara tidak sengaja memiliki wang kertas £10 (RM57.30) yang dicetak tanpa wajah Ratu Elizabeth. Wow! Rare juga tu!

Wang kertas yang mempunyai ‘error’ kesalahan cetakan ini dikatakan amat bernilai kerana ianyanya adalah sebahagian daripada keluarga koleksi matawang yang sentiasa dicari-cari oleh pengumpul wang.

 

Coleman yang juga merupakan seorang persara berumur 72 tahun itu pada mulanya terkejut melihat wang kertas miliknya itu tiada wajah monarki Britain seperti wang kertas lain.

Pada mulanya, Coleman menganggap wang kertas ‘error’ itu tidak boleh digunakan kerana kesilapan semasa proses cetakan, namun agak mengejutkan apabila ia disahkan tulen dan mempunyai nilai sama seperti wang kertas £10 lain.Lelaki Keluarkan Duit ‘Rare’ Di ATM Yang Sangat BernilaiDia menyedari hal tersebut apabilacuba menggunakan wang kertas itu di sebuah kedai serbaneka. Pekerja di situ pada mulanya enggan menerima wang tanpa wajah itu tetapi mengubah fikiran apabila mesin pengesan wang palsu menunjukkan nilainya tidak berubah dan sah digunakan.

“Saya memberitahu pekerja itu bahawa saya mahu menyimpannya kerana berasakan ia akan membawa tuah,” katanya penuh harapan.

Tambah Coleman, dia tidak akan teragak-agak untuk melelong wang kertas bertuahnya itu jika ada pihak yang berminat membelinya.

Mengikut pakar-pakar pengumpul koleksi wang kertas, wang tanpa wajah £10 yang dijumpai oleh Coleman dianggarkan mampu mencecah ribuan pound jika dilelong! Woww!

Lelaki Keluarkan Duit ‘Rare’ Di ATM Yang Sangat Bernilai

Secara ringkasnya, terdapat beberapa kategori kesilapan yang berlaku sehingga menyebabkan sesuatu wang kertas itu dikategorikan sebagai matawang error. Antaranya adalah seperti :

Kesilapan semasa cetakan

Double Printed – Cetakan bertindih menyebabkan matawang itu ada dua imej gambaran cetakan yang bertindih samada cetakan muka yang sama atau yang terbalik.

Missed Printed – Cetakan yang tidak sempurna menyebabkan matawang tersebut sebahagiannya tertinggal atau tidak dicetak atau berlaku ‘alur cetak’ atau ‘gutter print’ yang tertinggal cetakan kerana kemungkinan kertas tersebut terlipat semasa cetakan.

Cetakan yang tidak tepat berlaku semasa prograss cetakan berulangkali teralih dari tetapan asal.

Warna atau dakwat cetakan yang tidak sempurana menyebabkan warna sesuatu gambar itu kabur dan tidak jelas atau terdapat juga warnanya luntur seolah-olah warna cetakan itu belum kering lagi.

Kesilapan semasa pemotongan
Extra Paper – Lebihan kertas yang mana wang tersilap potong atau dipotong tidak sempurna menyebabkan wang tersebut tidak sempurna dan terdapat lebihan baki kertas pada wang tersebut.

Cutting Error Margi – Potongan tidak sama besar melibatkan bahagian kiri dan kanan, atas dan bawah tidak sama besar malahan ada yang terlebih dan sebelah lagi terkecil, namun keseluruhan saiz dan ukuran adalah sama mengikut saiz matawang asal.

Terdapat banyak lagi jenis kecacatan atau error dalam cetakan matawang kertas yang pernah ditemui orang. Tetapi oleh kerana teknologi cetakan semakin bagus, maka mungkin pada masa kini matawang ‘error’ ini sudah makin jarang untuk ditemui.

Kredit: Sinarplus

Facebook Comments Box