Muka Dan Mata Bengkak Teruk Selepas Warnakan Rambut, Lelaki Nasihatkan Ambil Ujian Alahan Dulu

Pada zaman sekarang trend mewarnakan rambut dilihat semakin popular bagi mereka yang mahukan kelainan dalam penampilan mereka. Walaubagaimanapun, tidak semua rambut yang sesuai untuk diwarnakan kerana kemungkinan besar akan mendatangkan maslaah kepada rambut dan juga pemilik rambut tersebut.nangtime.com - Muka Dan Mata Bengkak Teruk Selepas Warnakan Rambut, Lelaki Nasihatkan Ambil Ujian Alahan Dulu

Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki yang mewarnakan rambutnya, tapi kemudian menderita apabila mengalami alahan teruk sehingga wajah dan matanya bengkak!

Lelaki tersebut berkongsikan pengalamannya di aplikasi TikTok menggunakan akaun @haydenphobia, 28 April lalu. Menurutnya wajahnya mengalami alahan teruk disebabkan dia terus mewarnakan rambutnya tanpa melakukan ujian alahan.

Pada mulanya dia menunjukkan wajah asalnya sebelum kesan dialami selepas penggunaan satu produk pewarna rambut.

nangtime.com - Muka Dan Mata Bengkak Teruk Selepas Warnakan Rambut, Lelaki Nasihatkan Ambil Ujian Alahan Dulu

Wajahnya berwarna kemerahan dan bengkak hingga matanya sukar dibuka.

“Saya warnakan rambut tanpa membuat ujian alahan terlebih dulu,” katanya dalam portal Daily Star.

Perkongsian lelaki itu ditonton lebih 300,000 kali dan ramai pengguna maya turut meninggalkan pandangan di ruangan komen.

nangtime.com - Muka Dan Mata Bengkak Teruk Selepas Warnakan Rambut, Lelaki Nasihatkan Ambil Ujian Alahan Dulu Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mempunyai panduan tentang cara melakukan ujian alahan sebelum menggunakan pewarna rambut. Mereka menasihatkan supaya sesiapa yang ingin mewarnakan rambut agar melakukan ujian terlebih dahulu meskipun menggunakan produk yang sudah diiktiraf.

nangtime.com - Muka Dan Mata Bengkak Teruk Selepas Warnakan Rambut, Lelaki Nasihatkan Ambil Ujian Alahan Dulu

Sekiranya pengguna tidak sihat atau mengalami kerengsaan kulit, jangan gunakan pewarna terbabit.

Menurut NHS lagi, paraphenylenediamine (PPD) kemungkinan punca tindak balas alahan terhadap pewarna rambut. Antara kes terburuk yang pernah direkodkan, seorang pengguna mengalami tindak balas alahan yang serius (anaphylaxis).

Rasanya mesti ramai yang terus warnakan rambut tanpa ambil ujian alahan ini bukan? Jadi lepas ini elok ambil dulu terutama yang baru nak warnakan rambut.

Kredit:Harian Metro

 

Facebook Comments Box