Orang tua pernah berkata, kebersihan rumah mencerminkan diri kita dan sebelum berniat untuk bernikah dengan seseorang wanita, pastikan anda menjenguk keadaan tandas rumahnya.
Ini kerana, kebersihan tandasnya mencerminkan sikap yang akan dibawa anak gadis itu ke rumah suaminya.
Beberapa hari lalu, pelakon Tiz Zaqyah trauma dengan keadaan tandas yang menjijikkan ketika membuat penggambaran drama. Kejadian itu berlaku di kediaman seorang wanita tempat mereka menyewa set penggambaran.
“Masih trauma dengan tandas rumah berlendir berkulut. Kenapa! Dah tau orang nak shooting kat rumah awak, kemaskan sikit tak salah,” tulisnya.
Tiz Zaqyah meluahkan perasaan marahnya itu melalui akaun Twitter miliknya, semalam. Rata-rata pengikunya turut berasa terkejut dengan sikap individu tersebut yang tidak mementingkan soal kebersihan.
Semoga wanita berkenaan dan semua masyarakat di luar sana insaf dan menjaga kebersihan rumah mereka.
Memandangkan isu virus Covid – 19 juga semakin menggnas, sama-samalah kita menjaga kebersihan untuk kepentingan bersama.
Sumber : CARI