Setiap orang daripada kita dari usia remaja hingga dewasa sudah pasti pernah mempunyia jerawat di muka. Tak dinafikan memang ramai antara kita yang menghadapi maslaah jerawat teruk yang timbul dari semasa ke semasa hingga menyebabkan wajah kita kelihatan teruk sebab dipenuhi jerawat.
Memang banyak cara untuk merawat masalah jerawat, dan berlambak produk untuk mengatasi masalah jerawat boleh didapati di pasaran namun kadangkala tidak semuanya berkesan dan berbeza untuk setiap orang.
Tidak kurang juga pelbagai petua dan rawatan tradisional yang boleh digunakan namun untuk seorang wanita ini dia menggunakan cara yang lain dari yang lain. Baru-baru ini tular satu video Tiktok menunjukkan seorang wanita menggunakan lintah untuk mengatasi masalah jerawat teruk di wajahnya!
Dalam video berkenaan, wanita itu meletakkan beberapa lintah di mukanya dan membiarkannya untuk beberapa lama. Dikatakan lintah berfungsi untuk menghisap darah kotor di muka selain memberikan zat untuk memepercepatkan proses penyembuhan jerawat.
Video itu dimuatnaik oleh dinata79 bersama dengan caption “jerawat satu muka ga*ys alhamdulillah sbuh total dgn terapi lintah”
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen merasa geli dan meremang bulu roma melihat lintah-lintah di wajah wanita berkenaan. Ada yang mengatakan takut melihat lintah dalam jumlah yang banyak di muka wanita itu dan tak kurang juga yang ingin tahu sama ada sakit atau tidak bila digigit lintah.
Jadi ada tak antara anda yang mahu cuba hilangkan jerawat dengan lintah?