Bawa Motosikal Dan Tersangkut Di Pagar Jiran, Budak Lelaki Gelabah Minta Tolong

Kanak-kanak lelaki selalunya terkenal dengan kenakalan mereka lagi-lagi ketika dalam fasa membesar menjadi remaja. Sama seperti situasi yang dikongsikan ini apabila seorang kanak-kanak lelaki telah mencetuskan satu masalah tanpa disengajakan.Bawa Motosikal Dan Tersangkut Di Pagar Jiran, Budak Lelaki Gelabah Minta Tolong

Video rakaman tersebut dikongsikan di Tik Tok dan menerima lebih satu juta tontonan tidak sampai satu hari ia dikongsikan. Rata-rata netizen turut berdekah melihat masalah yang dicetuskan oleh kanak-kanak lelaki ini.

Abe tolong la metaaaaaa…😂 #kelantantiktok #kelantan #fyp #fypシ

Bawa Motosikal Dan Tersangkut Di Pagar Jiran, Budak Lelaki Gelabah Minta Tolong

Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak lelaki itu dilihat telah menyebabkan sebuah motor tersangkut pada pagar rumah seorang jiran. Motor tersebut dilihat tersangkut dan mengakibatkan kerosakan pada pagar tersebut.

Kanak-kanak lelaki itu juga dilihat berada dalam keadaan yang cuak dan gelabah apabila melihat motornya itu tersangkut pada pagar itu. Kejadian itu dipercayai dirakamkan oleh jiran yang juga merupakan pemilik rumah tersebut.Bawa Motosikal Dan Tersangkut Di Pagar Jiran, Budak Lelaki Gelabah Minta Tolong

Lebih mencuit hati, kanak-kanak lelaki itu sempat meminta pertolongan lelaki itu untuk menarik motornya keluar. Malah dia juga cuba menarik sendiri motor itu keluar namun tidak berjaya.

Meninjau di ruangan komen, insiden ini turut membuatkan netizen geleng kepala dibuatnya. Ada juga yang berseloroh pasti kanak-kanak lelaki itu menyesal dengan tindakannya itu.

VIDEO:

“Dengar cerita sampai sekarang budak tu masih tarik motor.”

Bawa Motosikal Dan Tersangkut Di Pagar Jiran, Budak Lelaki Gelabah Minta Tolong

“Kalau sakat budak tu sedap ni…”

Bawa Motosikal Dan Tersangkut Di Pagar Jiran, Budak Lelaki Gelabah Minta Tolong

 

“Habislah kau dik elok mak ayah kau ada budget dapur bulan ni terus kena bayar pagar rumah orang…”

“Mesti gelabah budak tu.”

Alahai, siap la adik ni nanti dengan mak ayah dia. Harap mak ayah tengok-tengokan juga la anak-anak kecil macam ni, jangan la suruh atau benarkan mereka bawa motosikal dulu, takut jadi apa-apa yang lebih teruk pula nanti.

Sumber : HCL

Facebook Comments Box