Bengang Bayar Hampir RM1Juta Beli Batu ‘Meteorit’, Kantoi Rupanya Sekadar Tanah Liat

Sudah kerapkali kita dengar kisah orang jumpa batu meteorit yang kemudian mengubah hidup mereka menjadi kaya dalam sekelip mata. Tidak dinafikan batu meteorit sememangnya mempunyai harga yang tinggi di pasaran dan boleh mencecah juta ringgit.Bengang Bayar Hampir RM1Juta Beli Batu ‘Meteorit’, Kantoi Rupanya Sekadar Tanah Liat

Oleh sebab itu, sudah pasti ramai yang berkeinginan memiliki batu meteorit namun sudah pasti bukan senang untuk mencarinya kerana batu meteorit ini adalah berasal dari angkasa lepas.

Tular kisah dari negara Vietnam mengenai pasangan suami isteri yang menjual batu ‘meteorit’ yang kemudian dibeli oleh seorang lelaki dengan harga hampir sejuta ringgit! Namun kemudian lelaki tersebut menyedari dirinya kena tipu apabila batu yang didakwa batu ‘metoerit’ itu ialah tanah liat yang diwarnakan cat hitam!

Dikatakan pembeli tertarik untuk memiliki batu tersebut kerana didakwa mempunyai sejenis kuasa yang unik. Suami isteri tersebut berjaya meyakinkan lelaki berkenaan apabila melakukan demostrasi batu itu boleh terapung apabila diletakkan dalam air.

Bengang Bayar Hampir RM1Juta Beli Batu ‘Meteorit’, Kantoi Rupanya Sekadar Tanah Liat

Malah ketika diserahkan kepada pemilik baru, satu upacara khas perlu diadakan supaya kononnya ‘kuasa’ batu itu dapat diberikan kepada pemilik yang baru.

Batu berkenaan akhirnya dijual pada harga 5.2 juta Vietnam dong, iaitu kira-kira RM955,790 dalam sebuah bekas khas kepada seorang lelaki yang berasal dari Saigon, Vietnam.

Namun, tidak lama kemudian lelaki tersebut menyedari dirinya sudah ditipu dan batu yang dibelinya ternyata cuma tanah liat dan bukannya meteorit. Alahai!

Bengang Bayar Hampir RM1Juta Beli Batu ‘Meteorit’, Kantoi Rupanya Sekadar Tanah Liat

Pasangan suami isteri, Truong Van Son, 49 dan isterinya Dang Thi Nga, 45 akhirnya ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menipu kerana menjual batu angkasa (meteorit), tapi sebenarnya hanyalah tanah liat yang dicat.

Batu meteorit yang tulen sememangnya mempunyai nilai yang tinggi hingga jutaan ringgit. Sebelum ini  juga, pernah ada kisah seorang lelaki yang mengunakan penyendal pintu selama 30 tahun akhirnya menyedari batu penyendal pintu itu rupanya batu meteor yang bernilai lebih RM400 Ribu.

 

 

Facebook Comments Box