Buaya Legenda Hidup Dengan Hanya Makan Nasi Selama Hampir 70 Tahun

Bila sebut mengenai haiwan yang dipanggil buaya, mesti ramai yang berasa takut dan terbayangkan haiwan pemakan daging yang ganas dan boleh membahayakan manusia. Walaupun buaya memang dikenali sebagai haiwan karnivor yang makan daging, tetapi berlainan pula dengan seekor buaya di India ini.Buaya Legenda Hidup Dengan Hanya Makan Nasi Selama Hampir 70 Tahun - nangtime.com

Di Kuil Danau Swamy Sri Ananthapura di utara Kerala, India terdapat seekor buaya yang diberi nama Babiya yang mesra dengan orang ramai dan pengunjung kuil. Buaya yang bernama Babiya ini didakwa sebagai ‘vegetarian’ kerana ianya cuma makan nasi.

Buaya (Babiya) ini seringkali masuk ke kawasan kuil dan selalu menunggu para pendeta membawakannya makanan harian untuknya iaitu prasad (campuran nasi dan jaggery).Buaya Legenda Hidup Dengan Hanya Makan Nasi Selama Hampir 70 Tahun - nangtime.com

Menurut seorang pendeta, Babiya sudah berada di situ selama hampir 70 tahun selama dia berada di Kuil dan sepanjang masa itu, Babiya hanya makan nasi.

Sehingga kini, tiada sesiapa yang tahu bagaimana Babiya boleh datang dan hidup di Kuil tersebut. Hal ini disebabkan dia telah berada disitu untuk jangkamasa yang sangat lama hingga kewujudannya dianggap sebagai pengunjung yang biasa dan tidak mendatangkan sebarang ketakutan kepada orang ramai.

Tambahan pula, Babiya tidak pernah bertindak ganas dan melakukan apa-apa yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai dan ianya sudah dianggap sebagai haiwan suci oleh para pendeta Kuil.

Buaya Legenda Hidup Dengan Hanya Makan Nasi Selama Hampir 70 Tahun - nangtime.com

Babiya juga tidak pernah makan daging sepanjang berada di kawasan kuil malah tidak tidak pernah menyerang ikan yang hidup di kolam bersamanya.

“Saya memberi Babiya makan 1 kg beras setiap hari. Dia tidak diberikan daging; dia bahkan tidak pernah menyerang ikan di tasik” – kata seorang petugas kuil.Buaya Legenda Hidup Dengan Hanya Makan Nasi Selama Hampir 70 Tahun - nangtime.com

Menurut seorang ahli kuil yang dikenali sebagai Mahalingeshwara Bhat, legenda mengatakan bahawa pada tahun 1945, buaya yang bernama Babiya muncul di kolam kuil beberapa hari selepas seorang pegawai tentera British dibunuh secara misteri oleh binatang yang tidak diketahui.

VIDEO:

Dikatakan bahawa pegawai itu telah menembak buaya yang berada di kuil pada ketika itu dan buaya itu dipercayai adalah Babiya.

Facebook Comments Box