Darah Menitik Depan Kereta, Wanita Terperanjat Menyedari Ular Sawa Memasuki Enjin Keretanya

Seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Kaman mengalami satu detik cemas yang mendebarkan apabila mendapati ada darah menitik keluar di bahagian depan keretanya. Susulan itu, terbongkar rupa-rupanya ada luar sepanjang 3.6 meter memasuki enjin kereta tanpa pengetahuannya selama ini.Darah Menitik Depan Kereta, Wanita Terperanjat Menyedari Ular Sawa Memasuki Enjin Keretanya

Jelas gadis ini, ketika pulang dari kerja dia mengambil keputusan untuk berhenti bagi mengisi angin tayar keretanya. Namun, dia terkejut apabila terdapat darah yang menitik di bahagian depan keretanya.Darah Menitik Depan Kereta, Wanita Terperanjat Ular Sawa 3.6m Didapati Memasuki Enjin Keretanya

Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan dia berasa cemas kerana di bahagian depan sama sekali tiada kesan langgar.

Bagaimanapun, dia ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya menunggu bantuan sampai bagi mengenal pasti darah yang menitik di tempat tersebut.

Bantuan Sampai:

Darah Menitik Depan Kereta, Wanita Terperanjat Ular Sawa 3.6m Didapati Memasuki Enjin Keretanya‘Ular sebesar lengan lelaki’

Darah Menitik Depan Kereta, Wanita Terperanjat Ular Sawa 3.6m Didapati Memasuki Enjin Keretanya

Bila disiasat rupa-rupanya darah yang menitik tersebut angkara seekor ular yang ‘tersepit’ di bahagian enjin keretanya. Menurut  wanita ini lagi, dia dibantu oleh beberapa orang rakan-rakan sekerjanya .

Darah Menitik Depan Kereta, Wanita Terperanjat Ular Sawa 3.6m Didapati Memasuki Enjin Keretanya

Bahkan, jika dilihat menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat saiz ular yang besar itu.

Tidak berakhir di situ, proses untuk mengeluarkan ular tersebut juga agak rumit dan kawan-kawannya perlu membuka bateri keretanya bagi mengeluarkan ular tersebut.

Berusaha mengeluarkan ular dari kereta 

Apa yang lebih mengejutkan, apabila ular tersebut telah berjaya ‘sampai’ ke bahagian dashboard dan gadis ini terpaksa ke bengkel bagi memeriksa semula bahagian depan keretanya.Darah Menitik Depan Kereta, Wanita Terperanjat Ular Sawa 3.6m Didapati Memasuki Enjin Keretanya

Bagaimanapun, dengan bantuan rakan-rakannya itu, bangkai ular itu berjaya dikeluarkan oleh rakan-rakannya.

Darah Menitik Depan Kereta, Wanita Terperanjat Ular Sawa 3.6m Didapati Memasuki Enjin Keretanya

Di penghujung thread, gadis tersebut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang sanggup membantunya daripada mula hingga ke akhir sehinggakan mereka tidak sempat lagi untuk makan.

VIDEO:

Fuhh, kalau admin la jangan kata ular besar macam ni, kalau ular kecil masuk kereta pun dah rasa seram giler dah. Lagi-lagi kalau tak tahu ular tu berbisa atau tidak.

Sumber: Adila Kaman

Facebook Comments Box