Polis sedang mengesan dua remaja perempuan yang bertindak memukuI seorang mangsa yang dikatakan berlaku di daerah ini.
Dalam video yang tular sejak semalam itu mendapati mangsa yang juga dipercayai berusia belasan tahun ditoIak dan disep@k berkali-kali oleh dua remaja lain.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
“Kami dimaklumkan ia berlaku di daerah ini namun sehingga kini kami belum menerima laporan.
“Mangsa juga masih belum dikenal pasti dan sedang usaha untuk mengesan kesemua mereka yang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, seorang remaja perempuan bertindak menoIak sebelum beberapa kali menyep@k mangsa.
Mangsa yang tidak meIawan kemudiannya dipukuI seorang lagi remaja lain dan menerusi audio rakaman itu juga video itu tidak akan disebar sebaliknya hanya berniat sebagai ugutan sahaja.
Zainuddin berkata, sekiranya kejadian itu berlaku di daerah terbabit, pihaknya akan menjalankan siasatan walaupun tidak menerima laporan.
“Kita akan buat laporan maklumat awal dan jalankan siasatan seperti biasa walaupun tiada laporan diterima,” katanya.
Antara komen-komen netizen:
Sumber: Harian Metro