Ibu Gigih Selongkar Tempat Sampah Untuk Penuhi Keinginan Anak Yang Mahu Ada Mainan

Seorang ibu mempunyai perasaan kasih dan sayang yang tidak terhitung kepada anak-anaknya dan mereka akan sanggup berusaha melakukan apa sahaja demi menggembirakan hati anak-anak mereka. Bagi mereka, senyuman dan keceriaan anak adalah sangat tidak ternilai.Ibu Gigih Selongkar Tempat Sampah Untuk Penuhi Keinginan Anak Yang Mahu Ada Mainan

Begitulah juga dengan seorang ibu tunggal ini yang sangat sayangkan anaknya. Kisah yang agak menyentuh hati ini dikongsikan oleh seorang wanita pengguna TikTok yang menggunakan akaun @YoonaAchiee mengenai cabaran hidupnya membesarkan anak seorang diri sebagai seorang ibu tunggal.

Satu video perkongsiannya menunjukkan bagaimana seorang ibu tunggal berusaha untuk mencari mainan untuk diberikan kepada anaknya.

Ibu Gigih Selongkar Tempat Sampah Untuk Penuhi Keinginan Anak Yang Mahu Ada Mainan

Apa yang menyedihkan adalah, ibu tersebut kelihatan sedang menyelongkar tempat sampah sarap demi mencari mainan terpakai yang masih elok buat anaknya.

 

Selepas berjaya mencari beberapa mainan, mainan itu akan dicuci dan direndam dengan air panas demi hilangkan segala jenis kotoran dan juga hapuskan kuman-kuman jika ada.Ibu Gigih Selongkar Tempat Sampah Untuk Penuhi Keinginan Anak Yang Mahu Ada MainanKemudiannya, barulah si ibu akan memberikan mainan-mainan tersebut kepada anaknya yang kegembiraan apabila mendapat alat-alat mainan dan bermain bersama ibunya.

VIDEO:

Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak dan memberikan kata-kata semangat buat ibu tunggal ini dalam mencari rezeki serta membesarkan anaknya. Ramai yang berkongsikan rasa terharu melihat kebahagiaan anak dan ibu ini meskipun hidup serba kekurangan.

Ibu Gigih Selongkar Tempat Sampah Untuk Penuhi Keinginan Anak Yang Mahu Ada Mainan

Semoga wanita ini diberi ketabahan dan kekuatan untuk membesarkan anaknya dan doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki mereka.

Facebook Comments Box