Jika dilihat dari luarannya, mesti ramai yang menganggap ianya adalah makhluk kecil yang comel. Dan itulah anggapan seorang pelancong ketika memegang seekor sotong kurita bersaiz kecil, iaitu lebih kecil daripada telapak tangannya ketika berada di Bali, Indonesia.
Pelancong wanita yang dikenali sebagai Kaylin Philips itu berkongsikan video ketika dia memegang seekor sotong kurita kecil yang berbadan coklat dan lingkaran hitam ketika di Bali.
Namun kemudian dia berminat untuk mengetahui spesis sotong tersebut dan membuat carian di internet. Namun apa yang ditemuinya membuatkan wanita ini terperanjat besar.
Ternyata sotong kerdil yang dipegangnya itu mampu membunuh sehingga 26 manusia dengan bisanya.
“Pergi ke Bali dan tanpa sedar telah memegang salah satu haiwan yang paling berbahaya”
“Kurita cincin biru, walaupun saiznya kecil tetapi bisanya mampu membunuh 26 manusia dewasa dalam jangka masa beberapa minit sahaja!” – Demikian maklumat yang diperolehnya yang kemudian dikongsikannya kepada orang ramai.
“Meskipun gigitan kecil dan tidak menyakitkan tetapi ramai mangsa tidak sedar bahawa mereka boleh sesak nafas dan lumpuh, tidak ada penawar bagi bisanya” katanya.
Wanita ini kemudian berkongsikan maklumat yang diperolehnya dari Ocean Conservancy yang mengatakan. racun sotong itu mampu menyekat isyarat saraf ke seluruh badan hingga menyebabkan kebas otot. Lain-lain gejala termasuk loya, hilang penglihatan jadi kabur dan badan lemah.
Akhirnya ia akan menyebabkan kelumpuhan otot-otot termasuk yang diperlukan manusia untuk bernafas dan saluran nafas tersekat.
VIDEO: (credit: kaylinmarie21)
Di penghujung videonya, wanita meluahkan rasa syukur kerana masih hidup dan tiada apa-apa berlaku kepadanya.
Jika anda melancong atau pergi kemana-mana tempat dan terjumpa haiwan atau makhluk yang tidak diketahui spesisnya, seeloknya dibiarkan sahaja dan jangan pegang atau kacau makhluk tersebut kerana ianya mungkin berbahaya kepada kita.