Ular merupakan haiwan yang paling ditakuti oleh ramai orang sekiranya ditemui di mana-mana kawasan dalam rumah. Sudah banyak kali kita dengar cerita ular ditemui di celah-celah almari, di kereta ataupun di mana-mana tempat tersorok dalam rumah.
Kebiasaannya, ular ini akan suka menyelinap dan mencari tempat yang sejuk dalam rumah misalnya di bilik air. Baru-baru ini tular satu perkongsian pengguna facebook yang menggunakan akaun CH3plus mengenai seekor ular sawa yang menceroboh masuk ke dalam rumah.
Apa yang mengejutkan adalah tempat dimana ular sawa itu ditemui sebab biasanya ular akan berada di mangkuk tandas atau kawasan berdekatan dengannya tetapi ular sawa ini bersembunyi dalam tempat yang hampir tidak disedari oleh penghuni rumah!
Aap tidaknya, ular sawa tersebut ditemui bersembunyi dalam kolah air yang kelihatan tenang sahaja tetapi rupa-rupanya ada haiwan menggerunkan berendam di dalamnya.
Tak dapat bayangkan kalau nak mandi atau nak ambil air dari kolah air takungan itu, perghh! Menerusi perkongsian akaun tersebut, diketahui kejadian ini adalah berlaku di negara jiran kita iaitu di Thailand.
Mujurlah penghuni rumah perasan ular itu terlebih dahulu, jika tidak situasi mungkin jadi lebih berbahaya.
Perkongsian tersebut menjadi tular sehingga dikongsi lebih 30 ribu orang, dan rata-rata netizen turut berasa gerun melihat keadaan itu. Seorang pengguna mengatakan lututnya menjadi lemah kerana takut melihat situasi itu disebbakan rumahnya juga mempunyai kolah air yang lebih kurang sama.
Seorang pengguna lagi malah mengakui dia trauma dengan ular hingga mengunci pintu bilik air setiap kali lepas menggunakannya.
Apa-apapun, pengajaran yang kita boleh ambil ialah kalau rumah ada kolah atau tempat takungan air yang besar macam ni, sentiasalah periksa dan pastikan tiada benda atau haiwan yang tidak diingini menjadikannya sebagai tempat persembunyian. Selain itu, seeloknya pastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa dikunci selepas digunakan atau jika tiada pengawasan orang.