Tikus merupakan salah satu haiwan yang sering ditemui dalam rumah terutamanya jika rumah kotor dan terdapat banyak sisa-sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan baik dalam rumah.
Walaupun seekor tikus dari segi fizikalnya tidak berbahaya pada manusia, tetapi ramai orang yang tidak berani untuk memegang haiwan ini dan biasanya menggunakan benda lain seperti penyapu dan sebagainya untuk menghalau tikus-tikus ini.
Namun berbeza dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Aqqilla dalam satu video tular yang memaparkan dia dengan selamba menangkap seekor tikus dalam restoran tempat dia bekerja.
Setiap bulan, restoran mereka memang akan melakukan pest control dan premis juga dibersihkan setiap minggu dan itu merupakan kali pertama dia nampak tikus dalam restoran berkenaan. Menurutnya ketika itu, restoran mereka ditutup seharian untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan juga kerja-kerja pest control.
“Bila nampak je tikus tu, saya terus minta tolong staf lelaki itu ketuk penyapu untuk menakutkan tikus tersebut supaya ia berlari ke arah saya. Senang saya nak cekup.
“Kemudian saya melepaskannya ke dalam longkang yang terletak jauh dari kawasan restoran. Saya tak sampai hati nak bunuh,” kata Aqqilla.
Dalam video yang dikongsikan, ramai yang memuji keberanian wanita ini dan pada masa yang sama meluahkan rasa seakan tidak percaya melihat wanita ini menangkap tikus itu dengan mudah dan hanya menggunakan kain sahaja. Hebat betul wanita ini bukan?
VIDEO:
Wanita ini memberitahu sebab kenapa dia berani menangkap tikus adalah kerana kucing peliharaannya yang sering membawa hadiah (tikus) ke rumah.
Walaupun berani dengan tikus, Aqilla mengakui dia tidak berani dengan lipas.