“Laju Dia Nak Sah..”- Pengantin ‘Sahkan’ Nikah Sendiri Bikin Tetamu Tergelak

Baru-baru ini tular seorang pengantin lelaki dengan penuh yakin menjawab sah apabila diminta melafazkan akad nikah disebabkan mungkin kerana terlalu nervous dan gugup. Namun video tersebut dengan pantas menjadi tular di media sosial.nangtime.com - “Laju Dia Nak Sah..”- Pengantin ‘Sahkan’ Nikah Sendiri Bikin Tetamu Tergelak

Video yang dikongsi seorang jurusolek ErinLeolaMakeUpArtist, di akaun Instagram miliknya itu menerima pelbagai respon daripada pengikutnya sebelum viral di beberapa platform media sosial yang lain.

Nervous sangat ni!

nangtime.com - “Laju Dia Nak Sah..”- Pengantin ‘Sahkan’ Nikah Sendiri Bikin Tetamu Tergelak

Menerusi video yang berdurasi kurang satu minit itu, menonjolkan seorang pengantin lelaki yang spontan menjawab sah semasa proses akad nikah dilakukan oleh bapa pengantin perempuan.

Saya nikahkan kamu dengan puteri saya Azlia Asmira binti Rusli dengan mas kahwinnya RM80 tunai…Sah!

Apa yang lebih melucukan apabila tetamu yang hadir turut tergelak dengan lafaz akad yang dilafazkan oleh pengantin lelaki. Lazimnya, pengantin lelaki itu perlu melafazkan semula akad yang disebut oleh Tok Kadi mahupun bapa kepada pengantin perempuan.

nangtime.com - “Laju Dia Nak Sah..”- Pengantin ‘Sahkan’ Nikah Sendiri Bikin Tetamu TergelakTidak berakhir di situ, Tok Kadi yang berada di tepi bapa pengantin sempat memberikan ‘peringatan’ mesra majlis tersebut hanya boleh dilangsungkan pada hari tersebut sahaja. Difahamkan pasangan tersebut selamat mendirikan rumah tangga pada dua hari yang lepas.

VIDEO:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat ‘telatah’ pengantin lelaki itu. Ada yang beranggapan pengantin lelaki itu terlampau gemuruh dan mahu selesaikan upacara akad nikah itu dengan secepat mungkin.

nangtime.com - “Laju Dia Nak Sah..”- Pengantin ‘Sahkan’ Nikah Sendiri Bikin Tetamu Tergelak

Alahai, apa-apapun , kita ucapkan selamat pengantin baru dan moga berbahagia ke anak cucu buat pasangan ini.

Sumber: ErinLeolaMakeUpArtist

Facebook Comments Box