Lelaki Ternampak Beberapa Cahaya Didakwa Formasi UFO, Malah Ramai Lagi Turut Menyaksikannya

Di Maryland, Amerika Syarikat baru-baru ini, seorang lelaki berusia 42 tahun yang dikenali sebagai Symkai Scott mendakwa menyaksikan cahaya berwarna jingga yang seakan membentuk corak atau formasi aneh di ruangan langit berdekatan rumahnya.Lelaki Ternampak Beberapa Cahaya Didakwa Formasi UFO, Malah Ramai Lagi Turut Menyaksikannya

Kejadian aneh itu dilihat oleh Symkai Scott ketika dia baru baru pulang dari kerja pada waktu malam.

Dia kemudian sempat membuat rakaman mengenai fenomena aneh itu dan kemudian memuat naik video tersebut di media sosial untuk meminta pendapat orang ramai mengenai apakah benda itu sebenarnya.

Menurutnya dia melihat lebih kurang 6 atau 7 cahaya jingga terang di ruang langit dan tertanya-tanya apakah benda itu merupakan UFO.Lelaki Ternampak Beberapa Cahaya Didakwa Formasi UFO, Malah Ramai Lagi Turut Menyaksikannya

“Apakah benda ini? Ia sangat jelas kelihatan terutamanya jika dilihat di bawah sinaran lampu jalan. Tidak mungkin objek itu adalah helikopter atau dron kerana ia mengeluarkan bunyi bising sedangkan cahaya itu senyap sahaja,” – kata Scott.Lelaki Ternampak Beberapa Cahaya Didakwa Formasi UFO, Malah Ramai Lagi Turut Menyaksikannya

Beberapa pengguna media sosial menyokong dakwaan Scott bahawa objek itu adalah UFO malah apa yang lagi mengejutkan adalah terdapat beberapa orang lain juga mendakwa mereka menyaksikan perkara yang sama.

Beberapa orang pengguna media sosial di California, Scotland dan Arizona tampil memberitahu mereka juga turut menyaksikan corak atau formasi cahaya tersebut.

VIDEO:

Menurut Daily Star, seorang netizen di California mendakwa dia melihat lebih kurang 30 cahaya ‘UFO‘ tersebut yang bergerak perlahan dalam satu baris sebelum hilang dalam beberapa saat kemudiannya.

Facebook Comments Box