Lelaki Terpaksa Pulangkan Handphone Dicurinya Kerana Tak Tahu Menggunakannya

Kecurian handphone merupakan salah satu kes yang seringkali berlaku dari dulu hingga sekarang. Kebiasaannya apabila handphone dicuri, harapan untuk mendapatkan balik handphone tersebut dalam keadaan baik adalah sangat tipis.nangtime.com - Lelaki Terpaksa Pulangkan Handphone Dicurinya Kerana Tak Tahu Menggunakannya

Baru-baru ini, seorang lelaki telah kehilangan handphone apabila dicuri oleh seorang pemuda berusia 22 tahun yang tidak dikenali. Dia kehilangan handphonenya yang bernilai kira-kira RM2600 apabila berkunjung ke sebuah kedai. Pendek cerita, dia meninggalkan handphonenya sekejap di kaunter sebelum seorang lelaki datang mencurinya dan terus melarikan diri.

Pemilik handphone membuat laporan polis dan cuba menghubungi nombor handphonenya yang dicuri. Tanpa disangka, panggilannya disambut oleh pencuri berkenaan. Kemudiannya pencuri handphone bagaimanapun ‘terpaksa’ memulangkan semula handphone yang dicurinya atas satu alasan yang tak masuk akal!

Ya, memang tak masuk akal kerana pencuri tersebut memulangkan handphone dicurinya gara-gara dia tidak tahu cara untuk menggunakannya!

“Saya terkejut ketika lelaki itu menjawab panggilan dan mengatakan bahawa dia ingin mengembalikan telefon saya.

nangtime.com - Lelaki Terpaksa Pulangkan Handphone Dicurinya Kerana Tak Tahu Menggunakannya
Gambar Hiasan

“Saya mengambil handphone itu dari kediamannya dengan bantuan polis. Dia juga amat menyesal atas perbuatannya itu,” kata pemilik handphone dicuri.

Kejadian yang berlaku di Jamalpur, India itu pantas menjadi tular di media sosial dan menjadi buah mulut netizen. Menurut Hindustan Times, pemilik handphone akhirnya mendapat semula handphonenya yang dicuri manakala pihak polis juga tidak mengambil tindakan terhadap si pencuri dan dia kemudian dibebaskan.

 

Facebook Comments Box