Lembu Terkecil Di Dunia Yang Memukau Orang Ramai

Seekor lembu biasanya mempunyai saiz yang besar dan berat boleh mencecah lebih 1000kg. Namun seekor lembu di negara Bangladesh ini menjadi tular kerana keistimewaannya yang lain dari yang lain. Lembu Terkecil Di Dunia Yang Memukau Orang Ramai

Lembu putih yang diberi nama Rani itu mempunyai saiz yang sangat kecil bagi seekor lembu dan hanya mempunyai ketinggian 51 sentimeter dan beratnya pula ialah 28 kilogram. Kewujudan lembu berwarna putih itu pantas menjadi tular hingga menyebabkan orang ramai berpusu-pusu datang dari pelbagai tempat semata-mata untuk melihatnya di depan mata sendiri.

Saiz badan dan penampilannya yang dianggap comel membuatkan populariti Rani semakin meningkat dari hari ke hari.  Lembu Terkecil Di Dunia Yang Memukau Orang RamaiMenurut pemiliknya yang dikenali sebagai Hasan Howladar, lembu yang dikenali sebagai Rani itu dibelinya daripada sebuah ladang yang terletak di daerah Naogaon di utara negara Bangladesh.

Tambahnya lagi, Rani jenis yang tidak makan banyak dan suka jika dibawa berjalan di luar kandang. Lembu Terkecil Di Dunia Yang Memukau Orang Ramai

Pemilik Rani juga sudah membuat permohonan secara rasmi kepada pihak Rekod Dunia Guinness untuk mengiktiraf Rani sebagai lembu terkecil di dunia.

 Lembu Terkecil Di Dunia Yang Memukau Orang Ramai

Pada masa ini lembu terkecil di dunia yang direkodkan ialah seekor lembu yang dikenali sebagai Manikyam di India dengan ketinggian 61.1 sentimeter. Oleh itu, sudah hampir pasti rekod lembu terkecil di dunia kini secara tidak rasmi menjadi milik Rani yang memiliki ketinggian cuma 51cm.

Facebook Comments Box