“Mak Suruh Jual..” – Murid Berusia 10 Tahun Ditangkap Cikgu Ketika Mahu Jual Makanan Di Sekolah

Peraturan tetap peraturan, dalam setiap sekolah pasti akan ada pertaturan dan panduan untuk diikuti oleh para guru dan juga pelajar. Meskipun kadang-kadang ada benda yang dianggap ‘tidak apa’ atas dasar kesian atau dianggap remeh, namun peraturan tetap peraturan."Mak Suruh Jual.." - Murid Berusia 10 Tahun Ditangkap Cikgu Ketika Mahu Jual Makanan Di Sekolah - nangtime.com

Salah satu daripada perkara yang tidak dibenarkan di sekolah adalah kegiatan menjual dikalangan murid. Dibawah ini adalah perkongsian tular oleh seorang cikgu apabila berhadapan dengan situasi ini.

Suatu hari, aku perasan seorang murid membimbit satu bungkusan.

“Apa tu?” tegurku.

“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,” ujarnya tersenyum jujur.

Ini sebenarnya satu kesalahan. Ramai juga murid beli, bakinya 3 bekas sahaja. Sebaik semua murid keluar untuk rehat, aku panggil murid tersebut.

Cuma aku dengan dia sahaja. Aku tak nak dia malu jika aku tegur dengan kawan-kawan dia.

“Sebenarnya, kat sekolah tak boleh jual makanan. Salah tu.”"Mak Suruh Jual.." - Murid Berusia 10 Tahun Ditangkap Cikgu Ketika Mahu Jual Makanan Di Sekolah - nangtime.com

Berubah muka murid tersebut bila aku cakap macam tu. Memang ketara perubahan air muka dari gembira dengan hasil jualan menjadi takut dihukum atau didenda guru disiplin.

“Cakap kat mak, cikgu tak benarkan murid menjual di sekolah. Pertama sekali, orang lain akan dengki. Mereka pun nak jual juga.

Kedua, kalau duit jualan awak hilang, macamana?

Ketiga, kalau semua orang jual makanan, tiada orang akan makan dan beli di kantin. Rugi orang kantin.

Keempat, jika makanan awak jual tu buat orang lain sakit perut macamana?”

Panjang lebar aku terangkan kat dia. Dia mengangguk tanda faham. Riak kerisauan makin hilang bila aku tidak marah atau berkeras.

“Kali ini tak apa. Cikgu maafkan. Lagi pun awak tidak tahu. Mak awak pun tak tahu. Dalam Islam, kalau tak tahu, dimaafkan kesalahan itu.

Simpan duit awak elok-elok. Jangan bagi hilang. Pulang nanti terus bagi kat mak. Bagitahu elok-elok kat mak apa yang cikgu cakap.”

“Baik,cikgu. Nanti saya cakap kat mak,” balasnya tenang.

“Oh ya. Berapa lagi lebih makanan tu? Berapa ringgit satu?” soalku.

“3 bekas cikgu. RM2 satu bekas.”

“Bak sini semua. Cikgu beli.”"Mak Suruh Jual.." - Murid Berusia 10 Tahun Ditangkap Cikgu Ketika Mahu Jual Makanan Di Sekolah - nangtime.com

Kesemua 3 bekas makanan dihulur, duit aku serah. Selepas mengucapkan terima kasih, murid itu berlari ke kantin untuk makan.

3 bekas yang aku beli itu, aku bagi sahaja kat murid yang lalu lalang nak ke kantin. Rezeki mereka la tu. ?

Selepas hari itu, murid ini tidak lagi menjual makanan di sekolah. Patuh dia dengan peraturan sekolah. Alhamdulillah, pesanan aku mereka terima.

Aku suka sikap mak budak ini dan murid ini sendiri. Emaknya cuba mencari duit sampingan. Bukan duduk saja merungut tentang susahnya sebuah kehidupan.

Si anak pula tidak segan membantu ibu. Tidak malu berniaga dan amanah menyimpan hasil jualan. Ini sikap yang patut dipuji ada pada murid baru berusia 10 tahun.

Aku percaya, murid ini akan berjaya dalam hidupnya. Kemungkinan besar menjadi ahli perniagaan.

Namun peraturan tetap peraturan. Jika satu pengecualian aku beri, orang lain akan meminta hak yang sama.

Akhirnya peraturan tidak lagi diikuti dan tidak dihormati.

Maka aku kena bertegas dengan peraturan. Meski pun begitu, aku sangat percaya bukan semua kesalahan patut diberi hukuman.

Ada sesetengah kesalahan, memberi nasihat dan sokongan itu lebih berkesan. Biar terbit bibit kesedaran dari dalam diri mereka bahawa cikgu mereka mengambil tindakan bukan sebab benci dan nak menghukum mereka.

Teguran dan nasihat itu demi kebaikan bersama dan membentuk mereka menjadi manusia yang punya rasa.

Sesungguhnya tugas memanusiakan manusia ini tidak mudah. Aku akan berusaha semampu aku memberikan yang terbaik. Kerana hasil didikan aku hari ini bakal mencorak generasi akan datang.

#MFS

Difahamkan kisah murid ini ditulis oleh cikgu Mohd Fadli Salleh pada tahun 2020.

Kredit: Mohd Fadli Salleh

Facebook Comments Box