Meskipun Duit Cuma Tinggal RM2, Pakcik Penjaga Lori Ikhlas Berikannya Demi Bantu Gadis Ditimpa Kesusahan Kehabisan Minyak Motosikal

Seorang wanita yang membuat khidmat delivery sekitar daerah Bentol di Tawau, Sabah berdepan dengan sesuatu masalah apabila motosikal dipakainya tiba-tiba sahaja mati di tengah jalan disebabkan kehabisan minyak.Meskipun Duit Cuma Tinggal RM2, Pakcik Penjaga Lori Ikhlas Berikannya Demi Bantu Gadis Ditimpa Kesusahan Kehabisan Minyak Motosikal

Sesiapa sahaja yang pernah mengalami keadaan motosikal atau kereta kehabisan minyak tanpa disedari mesti tahu macam perasaannya, cemas dan gelabah memikirkan apa yang nak dilakukan. Lagi-lagi kalau ketika ianya berlaku, duit pun tidak dibawa seperti yang berlaku kepada gadis ini

Ketika itu, gadis ini bertemu dengan seorang lelaki warga emas yang berkerja sebagai penjaga lori. Penjaga lori tersebut bertanyakan kepadanya apa yang berlaku terhadapnya dan gadis ini pun memberitahu masalah yang dihadapinya.Meskipun Duit Cuma Tinggal RM2, Pakcik Penjaga Lori Ikhlas Berikannya Demi Bantu Gadis Ditimpa Kesusahan Kehabisan Minyak Motosikal

Namun, pakcik penjaga lori itu rupanya mengalami masalah pendengaran dan selepas dia memakai alat pendengaran barulah dia faham kata-kata gadis ini.Meskipun Duit Cuma Tinggal RM2, Pakcik Penjaga Lori Ikhlas Berikannya Demi Bantu Gadis Ditimpa Kesusahan Kehabisan Minyak MotosikalGadis ini pun cuba untuk meminjam duit RM2 daripada pakcik penjaga lori itu dan tanpa disangka-sangka, pakcik itu segera memberikannya duit RM2 dari poketnya.

Lagi mengharukan apabila pakcik ini memberitahu itu sahaja duitnya yang ada dan pada mulanya bercadang gunakannya untuk membeli kuih, tetapi dia tetap cuba membantu gadis ini yang dalam kesusahan.Meskipun Duit Cuma Tinggal RM2, Pakcik Penjaga Lori Ikhlas Berikannya Demi Bantu Gadis Ditimpa Kesusahan Kehabisan Minyak Motosikal

Gadis ini pun berterima kasih kepada pakcik tersebut dan berjanji akan berjumpanya semula untuk balas budi.

VIDEO:

Di dalam video perkongsiannya, gadis ini menceritakan bahawa dia kembali semula berjumpa dengan pakcik penjaga lori tersebut dan memberikan sejumlah duit kepadanya sebagai tanda membalas jasa baiknya.

Kredit: Fitry.care

Facebook Comments Box