Nak Bersihkan Kawasan Kebun, Penduduk Menggigil Melihat Ular Sawa Gergasi Berlingkar

Seorang penduduk yang sedang membersihkan kebun untuk digunakannya menanam kebun terperanjat besar apabila menemui seekor ular sawa yang sangat besar.Nak Bersihkan Kawasan Kebun, Penduduk Menggigil Melihat Ular Sawa Gergasi Berlingkar

Ketika itu seorang penduduk di Kabupaten Muna Barat, Sulawesi Tenggara, Indonesia sedang memotong rumput di kawasan kebun. Ketika itu, dia telah  menemui seekor ular sawa yang sedang berlingkar di salah satu tempat di kebun berkenaan.

Terkejut dengan kehadiran ular sawa itu, lelaki ini bergegas meminta bantuan lapan orang rakan sekerjanya bagi membantu menangkap ular sawa yang dianggarkan berukuran sepanjang tujuh meter dan berat mencecah 130 kilogram itu.

“Seorang penduduk kampung yang sedang membersihkan kawasan kebunnya tiba-tiba sahaja melihat seekor ular sawa raksasa yang sedang melingkar, dan ular itu mungkin sedang tidur” ujar Ketua Kampung Latompe Laode Sugira.Kabupaten Muna Barat, Sulawesi Tenggara, Indonesia.Nak Bersihkan Kawasan Kebun, Penduduk Menggigil Melihat Ular Sawa Gergasi Berlingkar

“Dia tidak dapat melakukannya sendiri disebabkan saiz ular itu sangat besar. Oleh itu memanggil rakan-rakannya yang berada di kawasan sekitar kebun penanaman jagung itu. Jadi ada sembilan orang semuanya,” kata Ketua Kampung Latompe Laode Sugira lagi.

Ketika mahu menangkap ular sawa itu, kumpulan sembilan orang penduduk itu mengalami kesukaran bergelut dengan ular sawa itu sebelum kemudiannya ular itu mati selepas dipukul dengan parang sebanyak lapan kali.

“Ular sawa itu melawan ketika hendak ditangkap, oleh itu mereka memukul ular sawa itu dengan parang. Dipukul sebanyak lapan kali sebelum akhirnya ular itu mati,” kata Suggira.

Difahamkan jarak ular sawa itu ditemui dengan kawasan kampung adalah lebih kurang sejauh tujuh kilometer. Berdasarkan laporang Detik.com, para penduduk itu kemudiannya membawa ular itu ke kampung mereka sebelum kemudiannya diulit oleh para penduduk.

Facebook Comments Box