Nenek Pasrah Dicengkam Dan Diarak Orang Ramai Ke Balai Selepas Kantoi Curi Duit RM29

Seorang nenek berusia 50 tahun dikerumuni orang ramai di tempat awam selepas cuba meragut salah seorang penjual di pasar. Kejadian itu berlaku pada Sabtu lepas (30 Januari) kira-kira jam 5.45 petang di Pasar Mandiraja, Banjarnegara, Jawa Tengah dan video yang dirakam orang awam ketika itu mula viral di media sosial.nangtime.com - Nenek Pasrah Dicengkam Dan Diarak Orang Ramai Ke Balai Selepas Kantoi Curi Duit RM29

Menurut Kompas, ketika kejadian nenek itu telah mencuri beg peniaga di situ namun tindakannya disedari mangsa yang bertindak menjerit dan membuatkan orang di sekeliling terkejut.

Copet!”

Selepas mendengar peniaga itu teriak, peniaga yang lain bersama-sama dengan pengunjung yang berada di pasar tersebut terus mengejar nenek tersebut yang cuba melarikan diri.nangtime.com - Nenek Pasrah Dicengkam Dan Diarak Orang Ramai Ke Balai Selepas Kantoi Curi Duit RM29Sebaik saja ditangkap, nenek itu dikerumuni dan diserang oleh orang ramai yang turut bertindak mengasarinya.

 

 

Seorang individu dikatakan bertindak mencengkam leher dan bahagian belakang tudungnya namun nenek itu langsung tidak melawan dan hanya mendiamkan diri. Melalui video itu seseorang didengari berkata,

Pateni bae! (B*nuh saja).”

nangtime.com - Nenek Pasrah Dicengkam Dan Diarak Orang Ramai Ke Balai Selepas Kantoi Curi Duit RM29

Bukan hanya dikasari dan berlaku provokasi, nenek itu juga hanya mampu merelakan diri ketika diarak beramai-ramai oleh orang awam untuk dilaporkan kepada pihak polis.

 

Selepas diserahkan kepada polis dan disoal siasat, nenek itu mengaku terpaksa mencuri kerana sudah kelaparan dan tidak mempunyai wang untuk makan. Dia hanya hidup seorang diri kerana suami dan anaknya berhijrah ke bandar dan sudah lama tidak menghubunginya.

Jadi pelaku ini hidup sebatang kara, suami dan anaknya merantau. Dia bingung enggak punya uang, akhirnya nekat nyopet buat makan sehari-hari.”

nangtime.com - Nenek Pasrah Dicengkam Dan Diarak Orang Ramai Ke Balai Selepas Kantoi Curi Duit RM29

 

Mangsa dikatakan tidak membuat laporan polis kerana mengasihani nasib nenek itu. Pada hari yang sama jam 9 malam pihak polis telah menemui nenek itu bersama mangsa dan saksi kejadian. Nenek itu menangis ketika membuat pengakuan dan berjanji tidak akan mengulanginya. Dikatakan duit yang dicurinya adalah sebanyak IDR100,000 (RM29)

Dia akui tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mencuri kerana memerlukan wang untuk makan.

VIDEO:

 

Pihak polis juga turut memberi sumbangan beras dan barangan makanan lain kepada nenek itu. Dia juga turut diarahkan untuk lapor diri kepada polis setiap Isnin dan Khamis dan akan diberikan bantuan makanan serta wang untuk pengangkutan.

Sumber: lobakmerah

Facebook Comments Box