Padah Tahan Bersin, Tekak Dan Saluran Pernafasan Lelaki ini Pecah

Bersin adalah hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Secara amnya, bersin kebiasaannya tidak berbahaya dan tidak serius tetapi ianya agak menganggu.nangtime.com - Padah Tahan Bersin, Tekak Dan Saluran Pernafasan Lelaki ini Pecah

Baru- baru ini, Seorang lelaki berusia 34 tahun di England telah dimasukkan ke wad kecemasan di Leceister Royal Infirmary Hospital disebabkan bersin!  Dikatakan puncanya adalah kerana lelaki itu menahan diri dari bersin dan akibatnya telah memecahkan saluran pernafasan sendiri.

Media antarabangsa melaporkan, lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin.

Susulan kejadian itu,, lelaki berkenaan mengadu mengalami kesukaran untuk menelan atau bercakap.

Doktor melakukan pemeriksaan lanjut dan mereka  mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.

nangtime.com - Padah Tahan Bersin, Tekak Dan Saluran Pernafasan Lelaki ini Pecah

Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran.

Lelaki malang itu terpaksa makan dan minum melalui tiub, bagi membolehkan tisu yang terjejas kembali pulih.

Menurut pakar kesihatan di hospital tersebut,  tindakan menahan bersin dengan cara menutup hidung adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan perlu dielakkan sama sekali.

nangtime.com - Padah Tahan Bersin, Tekak Dan Saluran Pernafasan Lelaki ini Pecah
Jangan tahan bersin dengan tutup hidung!

Oleh itu, tolong jangan tahan diri daripada bersin, jika takut mengganggu orang, boleh bersin pada sapu tangan atau tisu jika berada di khalayak ramai.

Facebook Comments Box