Padah Tak Dengar Amaran, Lelaki Terpaksa Panjat Pokok Selama 90 Minit Kerana Dikejar Kawanan Gajah Liar

Padah tidak mendengar nasihat, seorang lelaki terpaksa berdepan dengan detik-detik mencemaskan yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya.Padah Tak Dengar Amaran, Lelaki Terpaksa Panjat Pokok Selama 90 Minit Kerana Dikejar Kawanan Gajah Liar - nangtime.com

Menurut pegawai perhilitan, lelaki berkenaan meskipun telah diberikan amaran, dia telah mengabaikannya dengan niat menuju kearah gajah berkeliaran untuk melihat kawanan gajah.

Namun demikian, lelaki yang dikenali sebagai Saji dari wilayah Idukki,Kerala, India itu terkejut apabila tiba-tiba sahaja kawanan gajah liar mula mengejarnya ketikadia dalam perjalanan ke ladang.Padah Tak Dengar Amaran, Lelaki Terpaksa Panjat Pokok Selama 90 Minit Kerana Dikejar Kawanan Gajah Liar - nangtime.com

 

Lelaki ini yang panik dikejar kawanan gajah liar berkenaan di kawasan tanah lapang akhirnya membuat keputusan untuk memanjat pokok kerana penat dikejar.

Selepas memanjat pokok, lelaki ini yang kepenatan berharap agar kawanan gajah itu akan segera pergi dan berputus asa untuk mengejarnya. Namun demikian, sangkaannya meleset sama sekali aapbila kawanan gajah itu langsung tidak beredar sebaliknya setia menunggu di bawah pokok!Padah Tak Dengar Amaran, Lelaki Terpaksa Panjat Pokok Selama 90 Minit Kerana Dikejar Kawanan Gajah Liar - nangtime.com

Keadaan ini berterusan sehingga memaksa lelaki tersebut terpaksa menunggu atas pokok dalam tempoh lebih kurang sejam setengah.

Lelaki ini menjerit meminta pertolongan daripada orang kampung dan orang-orang yang berhampiran, namun demikian usaha mereka untuk mengusir gajah-gajah berkenaan tidak berhasil.

VIDEO:

Akhirnya salah seorang penduduk kampung mendapatkan pertolongan daripada pihak perhilitan. Derita lelaki ini akhirnya berakhir apabila pegawai perhilitanan yang datang ke lokasi berkenaan berjaya menghalau kawanan gajah liar terbabit dengan menggunakan mercun.Padah Tak Dengar Amaran, Lelaki Terpaksa Panjat Pokok Selama 90 Minit Kerana Dikejar Kawanan Gajah Liar - nangtime.comDifahamkan lelaki berkenaan terpaksa berada di atas pokok selama lebih kurang 90 minit sebelum turun.

Facebook Comments Box