Patutlah Buah-buahan Di Thailand Selalu Ada Tanpa Mengira Musim, Ini Rahsia Orang Thai Buat Pokok Galak Berbuah!

Teknologi pertanian di Thailand tidak dinafikan berada di satu tahap yang bagus dan maju berbanding negara-negara lain termasuk Malaysia. Contohnya, mesin-mesin terbaik yang digunakan Thailand untuk pertanian mereka, ada segelintir antara mesin itu yang mungkin belum ada digunakan di negara kita.Patutlah Buah-buahan Di Thailand Selalu Ada Tanpa Mengira Musim, Ini Rahsia Orang Thai Buat Pokok Galak Berbuah! - nangtime.com

Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.

Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat.

Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.

Inilah Rahsia Orang Thai Buat Pokok Galak Berbuah!

Bahan-bahan:

  • 2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
  • 2 kg Gula Perang
  • 1 biji Ragi tapai
  • 1 botol Yakult
  • 2 kotak Susu segar
  • 2 biji Air kelapa muda

Patutlah Buah-buahan Di Thailand Selalu Ada Tanpa Mengira Musim, Ini Rahsia Orang Thai Buat Pokok Galak Berbuah! - nangtime.com

 

Cara-cara:

  1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering
  2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
  3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
  4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
  5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
  6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali

Difahamkan bahawa campuran yang dibuat ini adalah berfungsi dan berperanan sebagai baja atau vitamin semjlajadi yang juga turut menggantikan penggunaan racun kimia kepada tanaman.

Facebook Comments Box