Peniaga Berang MemukuI Kepala Wanita Dengan Sayur Gara-gara Persoalkan Harga Minuman Dijualnya

Pada zaman sekarang, harga barang dilihat semakin naik dan ramai rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang terutamanya barang keperluan seperti minyak masak, ayam dan sebagainya.Peniaga Berang MemukuI Kepala Wanita Dengan Sayur Gara-gara Persoalkan Harga Minuman Dijualnya

Oleh sebab itu, adalah sesuatu yang normal dan munasabah sekiranya kita bertanyakan dulu harga sesuatu barangan itu sebelum membelinya. Namun kadangkala perkara ini boleh menimbulkan pertengkaran terutama apabila pembeli merasakan harga yang dikenakan terlalu tinggi.

Tular di media sosial baru-baru ini video berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang wanita dipukuI oleh seorang remaja lelaki menggunakan sayur selepas bertengkar antara satu sama lain. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata,

“Dalam rakaman itu, mangsa tidak berpuas hati dengan minuman dijual dipremis suspek berusia 17 tahun kerana tidak mengikut harga sebenar ditetapkan pengilang.

Peniaga Berang MemukuI Kepala Wanita Dengan Sayur Gara-gara Persoalkan Harga Minuman Dijualnya

“Remaja lelaki terbabit bertindak agresif dan mengeluarkan kata kata kesat serta memukul kepala mangsa dengan sayur,” tambahnya lagi.

Mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan berusia 42 tahun, manakalai lelaki yang memukuInya pula berusia 17 tahun.

Peniaga Berang MemukuI Kepala Wanita Dengan Sayur Gara-gara Persoalkan Harga Minuman Dijualnya

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan atau denda RM 1,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Facebook Comments Box