Penjenayah Gigih Pecahkan Peti Besi Surau Dengan Tukul, Tiba-tiba Mereka Masak Sardin Buatkan Netizen Kehairanan

Penjenayah Gigih Guna Tukul Pecahkan Peti Besi Surau, Tiba-tiba Mereka Masak Sardin Buatkan Netizen Kehairanan.nangtime.com - Penjenayah Gigih Guna Tukul Pecahkan Peti Besi Surau, Tiba-tiba Mereka Masak Sardin Buatkan Netizen Kehairanan

” Macam ada tak kena, adakah mereka mencuri disebabkan mereka lapar? Kalau camtu ahli kariah surau harus cari jalan untuk bantu, sebabnya mereka sampai masak sardin, mesti lapar…”

Demikian komen warganet yang musykil dengan tindakan penjenayah yang gigih memecah peti besi di surau, kemudian nekad memasak sardin.

Terdahulu, dua penjenayah sanggup mengambil masa beberapa jam untuk memecahkan peti besi Surau Kampung Batu Hitam di Kuantan, menggunakan sebuah tukul.

Pengerusi surau berkenaan, Mohamad Hamdan Sulaiman, 57, berkata, kejadian berlaku malam kelmarin ketika hujan lebat di kawasan terbabit malah penjenayah turut menceroboh kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) Kemas Batu Hitam yang terletak bersebelahan surau.

Menurutnya, penjenayah dipercayai dua orang berdasarkan kesan ditinggalkan mereka dan menceroboh surau dengan cara memecah siling ruang solat wanita.

” Mereka dipercayai mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk memecahkan peti besi menggunakan tukul, parang dan sejenis alat pencakar tanah,” katanya yang ditemui semalam.nangtime.com - Penjenayah Gigih Guna Tukul Pecahkan Peti Besi Surau, Tiba-tiba Mereka Masak Sardin Buatkan Netizen Kehairanan

Katanya, selepas gagal membuka pintu peti besi berkenaan, pencuri terbabit memecahkan bahagian bawah peti yang turut disalut dengan simen di bahagian dalam.

Ingatkan dapat curi banyak wang, sekali…

” Ini kali pertama saya melihat peti besi yang sekukuh itu dapat dipecahkan hanya dengan menggunakan tukul dan parang, agak mustahil kejadian seumpama itu boleh berlaku.

” Saya yakin penjenayah itu pasti kecewa apabila impian mendapatkan wang yang banyak tidak menjadi kenyataan kerana mungkin terdapat antara RM20 hingga RM30 saja, itu pun syiling yang ditinggalkan dalam peti besi itu,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pihak surau memungut hasil derma jemaah setiap dua hari sekali namun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memaksa surau ditutup dan sumbangan tidak lagi diterima.

nangtime.com - Penjenayah Gigih Guna Tukul Pecahkan Peti Besi Surau, Tiba-tiba Mereka Masak Sardin Buatkan Netizen Kehairanan

Dapat curi wang sikit saja, penjenayah sempat memasak sardin.. mungkin mereka lapar

Mohamad Hamdan berkata, pencuri berkenaan menggunakan motosikal yang diletakkan antara surau dan TBK bagi mengelak dikesan penduduk setempat.

Beliau yang juga Ketua Kampung Batu Hitam berkata, surau berkenaan sebelum ini enam kali dimasuki pencuri melalui tingkap dan pintu depan namun ini kali pertama peti besi sumbangan seorang individu dipecah.

” Selepas penat berusaha memecah peti besi menggunakan tukul dan parang, pencuri terbabit bertindak menceroboh TBK Batu Hitam dan memasak sardin, mungkin mereka lapar dan tidak ada barang berharga ditemui,” katanya.

Facebook Comments Box