‘Rasa Daging Macam Sabun’ – Wanita Sembuh Covid-19 Kini Alami Masalah Makanan Berbau Busuk

Seorang wanita di United Kingdom berkongsi pengalamannya apabila deria rasa dan baunya masih terjejas meskipun sudah lama disahkan sembuh daripada Covid-19.nangtime.com - ‘Rasa Daging Macam Sabun’ - Wanita Sembuh Covid-19 Kini Alami Masalah Makanan Berbau Busuk

Malah, wanita itu mendapati semua makanan berbau busuk, dengan berpendapat rasa daging seperti sabun dan kopi berbau asap kenderaan.

The Sun melaporkan Sarah Govier, 44 dari Whitstable, Kent dijangkiti Covid-19 pada Mei dan seperti kebanyakan orang lain, dia kehilangan deria bau.

Ibu kepada dua anak itu berkata, akibatnya, dia merasakan hampir semua makanan berbau busuk dan berat badannya turun kerana dia hampir tidak boleh makan makanan kegemarannya.

Dia akui rasa daging tak ubah seperti sabun, ubat gigi seperti bau petrol dan kopi berbau umpama asap kenderaan.

nangtime.com - ‘Rasa Daging Macam Sabun’ - Wanita Sembuh Covid-19 Kini Alami Masalah Makanan Berbau Busuk

Manakala bawang putih dan merah yang dimakan mengingatkannya kepada bau anjing.

Kek coklat yang dirasanya langsung tidak sedap sehingga dia meluahkan semula makanan itu dari mulutnya.

Semoga deria rasa dan deria bau wanita ini dapat pulih seperti sediakala dengan secepat mungkin dan diharapkan kita semua agar jangan lalai dan terus bekerjasama untuk membendung jangkitan Covid-19 sesama kita.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box