Siri kartun SpongeBob SquarePants sememangnya antara kartun yang sangat popular di dunia dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Baru-baru ini, tular mengenai penemuan oleh sekumpulan saintis marin mengenai spesies span laut berwarna kuning dan seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu yang seakan sama dengan watak ‘SpongeBob’ dan teman baiknya ‘Patrick Star’.
Kedua-dua ‘SpongeBob’ dan ‘Patrick Star’ ditemui bersama dan berdekatan antara satu sama lain atas batu besar di Retriever Seamount di dalam Lautan Atlantik, kira-kira 321 kilometer dari pantai New York dan ianya kelihatan seakan sama seperti dalam siri kartun tersebut.
Kumpulan saintis daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) menemui span Hertwigia dan tapak sulaiman spesies Chondraster itu ketika meninjau keadaan dasar laut menggunakan kapal selam kawalan jauh (ROV).
“Kebiasaannya, saya mengelak terumbu karang, namun kali ini saya menemui SpongeBob dan Patrick yang sebenar!” ujar seorang saintis NOAA, Christopher Mah dalam satu tweet.
Christopher Mah juga memberitahu perbandingan antara penemuan mereka dengan watak-watak dalam siri kartun SpongeBob SquarePants agak melucukan lebih-lebih lagi perbandingan dibuat berdasarkan warnanya.
“Warna yang dipaparkan dalam siri kartun itu sebenarnya lebih diperbesar-besarkan berbanding keadaan spesies sebenar.
Menurut Christopher Mah lagi, sebagai ahli biologi yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam hidupan laut, kebanyakan elemen yang ditonjolkan dalam watak SpongeBob dan Patrick adalah tidak tepat dengan dunia realiti.
Spotted living under the sea: ‘Real-life’ Spongebob and Patrick!
LOOK: Biologist Christopher Mah shared a photo of marine species Hertwigia (sponge) and Chondraster (starfish), which resemble the popular characters of cartoon series “Spongebob SquarePants.” | ?Mah/NOAA pic.twitter.com/McofMOZkyp
— Inquirer (@inquirerdotnet) July 30, 2021
Di media sosial, penemuan tersebut bagaiamanapun mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada netizen terutamanya para peminat siri kartun animasi yang telah bersiaran lebih 20 tahun itu.