Cikgu memang diakui merupakan salah satu daripada pekerjaan mulia yang amat penting dalam menghasilkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia. Walaubagaimanapun, seperti juga kebanyakan kerja-kerja lain, menjadi seorang cikgu tidak semuanya mudah dan indah tetapi juga perlu berhadapan dengan pelbagai jenis rintangan dan masalah. Seorang cikgu yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh berkongsikan pengalaman berhadaan dengan bapa murid yang angkuh.
Menerusi coretan dan video yang sering dikongsikan, jelas kelihatan perwatakan guru ini umpama seperti seorang bapa yang berjiwa penyayang terhadap murid-muridnya. Namun siapa sangka, guru ini pernah melalui dugaan yang berat apabila diugut oleh ibu bapa yang tidak menyenangi caranya mendidik murid-murid.
“Di suatu ketika, pernah aku temui, orang yang baru jadi kaya. Datang dengan berlagak bersembang angkuh dengan kunci BMW tergantung di seluar.
“Saya dah bincang dengan lawyer saya. Tindakan cikgu terhadap anak saya ni boleh disaman di mahkamah. Sebab saya kasihan kat cikgu je saya datang buat report di sekolah. Kalau nak suruh lawyer saya ‘sue’ cikgu, boleh sangat ni.
Mohd Fadli memberi didikan dan layanan yang sama rata kepada semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang keluarga masing-masing.
“Bahkan kalau nak suruh cikgu ditukarkan pun saya boleh buat. Saya biasa makan semeja dengan menteri,” tulisnya mengimbas kembali kata-kata yang dilontarkan oleh bapa kepada salah seorang muridnya.
Cerita guru ini, lagak bapa murid berkenaan seolah-olah mahu menggertak dirinya menggunakan kuasa dan pangkat yang ada padanya.
Namun Mohd Fadli berkata dia sedikit pun tidak gentar kerana apa yang dilakukan selama ini adalah untuk mendidik anak-anak muridnya menjadi insan berguna.
Jika kalian hari ini orang kaya, jika kalian suatu hari nanti menjadi hartawan dan jutawan, usahlah sombong. Usahlah biadab.
“Diugutnya kita macam-macam. Agaknya dia claim begitu nak suruh aku melutut minta ampun minta simpati kot. Sikit aku tak heran. Aku pandang muka dia, pastu cakap, ‘dah kalau kaya sangat hantar la anak ke sekolah swasta. Kenapa hantar sekolah kerajaan juga?’
“Murid-murid saya semua sama di mata saya. Tak kira anak tukang sapu, tak kira anak raja. Bila ada denda, itu bermaksud saya hendak mendidik mereka dari berbuat kesilapan yang sama.
“Tak boleh terima cara didikan saya, tukar anak ke sekolah lain atau request cikgu lain mengajar kelas anak encik. Saya takkan mohon maaf asbab saya ingin mendidik,” jawabnya.
Mohd Fadli sering membuat perkongsian mengenai hal pendidikan, aktiviti kebajikan dan isu semasa di Facebook. Situasi tegang itu berakhir dengan campur tangan Guru Besar.
Sungguh pun begitu, Mohd Fadli meluahkan rasa kesal dengan segelintir ibu bapa yang bersikap sedemikian dan merasakan mereka paling berkuasa kerana mempunyai pangkat dan wang.
“Jika kalian hari ini orang kaya, jika kalian suatu hari nanti menjadi hartawan dan jutawan, usahlah sombong. Usahlah biadab.Tambah-tambah dengan guru yang cuba mengajar dan mendidik anak kalian menjadi insan.
“Walau mungkin adakala silapnya dari tindakan guru, apa salahnya datang dengan hormat.
Tidak perlu menjual pangkat. Tidak perlu mendabik dada cerita duduk dengan menteri, kenal pengarah itu ini.
“Tidak perlu juga mengugut konon nak suruh cikgu sujud di bawah tapak kaki kalian. Orang sedikit pun tidak hairan dengan kekayaan kalian.
“Orang akan hormat jika kita berbudi bahasa. Kalian akan dihormati jika kalian pun menghormati. Itu rukunnya. Ingat pesan cikgu kecil ini. Simpul ketat dalam hati,” tulisnya.
Sumber: Mohd Fadli Salleh