Tiap Kali Call Cuma Tanya Duit, Lelaki Kerja Jauh Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya Khabar

Tidak semua orang yang dilahirkan dalam keluarga berada yang boleh tampung sampai tujuh keturunan. Oleh Hampir setiap orang yang meningkat dewasa sudah pasti akan mula bekerja dan mencari rezeki.nangtime.com - Tiap Kali Call Cuma Tanya Duit, Lelaki Kerja Jauh Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya Khabar

Begitupun juga, rezeki kita mungkin di tempat yang jauh dari tempat asal dan nak tak nak majoriti daripada kita kena berjauhan dengan keluarga. Sudah pasti apabila berada berjauhan dengan keluarga, pasti akan merasa rindu nak balik walaupun sekejap.

Bagaimanapun, kisah seorang pemuda ini sedikit berbeza dengan apa yang dilalui oleh kebanyakan anak-anak perantauan di luar sana.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pemuda itu meluahkan bahawa keluarganya seakan tidak menghargai segala penat lelah dan pengorbanan yang dilakukannya untuk mereka.

Langsung tak pernah tanya khabar, ‘call’ tanya pasal duit je

nangtime.com - Tiap Kali Call Cuma Tanya Duit, Lelaki Kerja Jauh Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya Khabar

Pengalaman dialami oleh ternyata sangat berbeza berbanding orang lain kerana sewaktu bercakap melalui telefon kerana langsung tiada gurauan atau pertanyaan khabar, malah dia sendiri mengakui tidak pernah langsung merasai ‘momen’ itu bersama keluarga.

Lebih menyedihkan apabila mereka hanya menghubungi pemuda tersebut jika ingin meminta duit daripadanya. Selain daripada duit, mereka seakan tidak mempedulikan sama ada pemuda itu sihat atau tidak ketika bekerja di tempat orang.

Menerusi video pendek itu, pemuda berkenaan dilihat mengesat air mata dan menyatakan rasa kesal dengan sikap keluarganya sendiri. Dia turut terkilan apabila hanya dianggap sebagai ‘keluarga’ kerana duit.

VIDEO:

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing dan kebanyakkannya bersimpati dengan nasib pemuda ini dan memberikan kata-kata semangat buatnya.

Bertabahlah, jaga diri.. sama-sama orang merantau jadi memang fahamnangtime.com - Tiap Kali Call Cuma Tanya Duit, Lelaki Kerja Jauh Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya KhabarTetap kuat bang, Walau kita susah-payah di perantauan, keluarga tak tahunangtime.com - Tiap Kali Call Cuma Tanya Duit, Lelaki Kerja Jauh Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya KhabarAda duit baru dipandang tinggi.. kot

nangtime.com - Tiap Kali Call Cuma Tanya Duit, Lelaki Kerja Jauh Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya Khabar

Kepada anak anak dan ibu bapa di luar sana, tolonglah jangan renggangkan hubungan tapi selalulah tanya khabar masing-masing. Seperti anak-anak yang berjauhan dengan keluarga demi cari rezeki buat keluarga, tolong tanya khabar dan dengar la apa yang dia lalui, apa masalah dia dan paling penting sekali tolonglah saling memahami.

Sumber: TikTok @gtn2_yudhi981

 

Facebook Comments Box