Tidak Puas Hati Suami Rahsiakan Kepala Botak, Isteri Buat Laporan Polis

Seorang wanita membuat laporan polis terhadap suaminya selepas dua tahun perkahwinan mereka. Namun laporan tersebut bukanlah disebabkan suaminya melakukan jenayah atau keganasan rumah tangga tetapi sebab suaminya tidak berlaku jujur mengenai rambutnya!nangtime.com - Tidak Puas Hati Suami Rahsiakan Kepala Botak, Isteri Buat Laporan Polis

Wanita itu nekad membuat laporan polis kerana suaminya menyembunyikan kepalanya yang botak tidak berambut! Wanita yang bekerja sebagai akauntan tidak berpuas hati kerana suaminya tidak jujur dan tidak memberitahu kebenaran mengenai rambutnya dan merahsiakannya hinggalah sehari selepas perkahwinan mereka.

Hanya selepas sehari perkahwinan mereka, barulah wanita itu mengetahui perkara sebenar apabila pergi ke rumah mentuanya. Namun keluarga mentuanya menganggap ianya sekadar perkara yang remeh.

“Keluarga mentua pengadu menganggap ia sebagai perkara yang remeh.

Menurut wanita yang berusia 27 tahun itu lagi, jika dari awal lagi dia mengetahui suaminya berkepala botak, dia sudah pasti tidak akan setuju untuk mengahwininya.

nangtime.com - Tidak Puas Hati Suami Rahsiakan Kepala Botak, Isteri Buat Laporan Polis
Boleh saja nampak bergaya kalau botak, tapi seeloknya jujurlah dengan pasangan

Wanita itu juga mendakwa suaminya dari awal memang berniat mahu menyembunyikan kepalanya yang botak dengan memakai rambut palsu yang kelihatan seperti rambutnya sendiri.

Menurut media-media tempatan, wanita berkenaan membuat laporan mendakwa dirinya ditipu di balai polis Naya Nagar, Thane, India. Susulan laporan tersebut, suaminya yang berusia 29 tahun dan keluarga disiasat oleh pihak polis.

Facebook Comments Box