Bagi kebanyakan orang, rumah dianggap sebagai tempat yang paling selamat dan tempat untuk berehat jika tiada apa-apa aktiviti yang memerlukan kita berada di luar rumah.
Di rumah, kita pasti tidak akan membenarkan sebarang ancaman dari luar termasuk daripada hidupan atau haiwan-haiwan yang boleh membahayakan penghuni rumah demi memastikan keselamatan mereka.
Tetapi dalam beberapa kes yang dilaporkan di media, memang ada haiwan berbahaya seperti ular masuk kedalam rumah tanpa disedari oleh penghuni rumah saat mereka masuk.
Baru-baru ini satu perkongsian video daripada Friends of Bomba Malaysia memaparkan seekor ular tedung telah ditemui bersembunyi dalam kotak speaker, bersama-sama dengan puluhan anak-anak ular yang masih kecil.
Cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang, ular biasanya akan mencari tempat perlindungan yang selamat, seperti dalam rak kasut, stor, ruangan dapur, celah-celah almari atau mana-mana ruangan sempit untuk membiak.
Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian ini berlaku, namun menerusi video terbabit jelas menunjukkan ular tedung berkenaan baru sahaja menetaskan telurnya dalam kotak speaker terbabit.
Ular tedung, seperti yang kita sedia maklum memang boleh membahayakan penghuni rumah jika kena patuk dan bisanya boleh membawa maut.
Dalam video ini, nasib baik mereka sedar ada sesuatu yang tak kena dengan speaker tersebut dan ternyata bila dibuka, dalamnya mennjadi sarang ular tedung dengan berpuluh-puluh ekor anaknya.
VIDEO:
Netizen digalakkan supaya sentiasa membersihkan rumah dan sentiasa memeriksa sudut-sudut yang tersorok dalam rumah bagi mengelakkannya menjadi sarang haiwan-haiwan yang berbahaya.
Sumber: Friends of Bomba Malaysia