Warga Asing Sengaja Burukkan Imej Negara Dengan Fakta Palsu Akan Diusir Serta Merta

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan kepada warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.Warga Asing Sengaja Burukkan Imej Negara Dengan Fakta Palsu Akan Diusir Serta Merta

Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, meminta pemegang pas jangka panjang seperti pas penggajian, lawatan kerja sementara dan pas residen supaya berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang diterbitkan oleh agensi berita Al Jazeera.

Khairul Dzaimee berkata laporan mengenai operasi JIM semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan agensi berita antarabangsa itu sebagai rasis dan tidak berperikemanusiaan adalah tidak benar kerana tidak mengambil kira fakta sebenar.

Warga Asing Sengaja Burukkan Imej Negara Dengan Fakta Palsu Akan Diusir Serta Merta

“Operasi imigresen di sekitar Jalan Masjid India, di sini, pada 1 Mei lepas telah memeriksa seramai 3,352 warga asing, namun jumlah yang ditahan untuk siasatan lanjut hanya 586 orang.

“Kerajaan Malaysia juga telah memberi rawatan secara percuma kepada 773 warga asing yang didapati positif COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan terdapat kedutaan asing yang memuji tindakan ini serta mengucapkan terima kasih,” katanya.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

Al Jazeera agenda haluan kiri

Terdahulu Al Jazeera telah menerbitkan video dokumentari mengenai pendatang asing yang tular baru-baru ini. Majoriti rakyat Malaysia pasti telah menontonnya.

Memang jelas bahawa Al Jazeera telah membuat laporan yang menipu dan memburuk-burukkan Malaysia seolah-olah mereka ini ‘menghalalkan’ sindiket pendatang haram tanpa izin yang sedang parah di Malaysia. Negara manakah yang membenarkan pendatang asing haram masuk dan berkeliaran sesuka hati? Adakah semuanya boleh menjadi ‘halal’ di atas nama hak asasi? Selepas ini apa pula yang mahu ‘dihalalkan’ dan memaksa orang lain untuk menerimanya?

Pihak polis perlu siasat. Jangan lupa, memang ini taktik biasa sesetengah pihak apabila desakan dan propaganda mereka melalui media-media haluan kiri tempatan tidak didengari, maka mereka akan menggunakan media dan pentas antarabangsa bagi menekan negara pula.

Teruskan menyokong segala usaha membanteras pendatang haram dan segala usaha bagi memelihara kedaulatan negara!

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments Box