Besi Cermin Mata Tertanam Masuk Kepala Anak

Seorang ibu trauma sejuruh selepas bangun dari tidur apabila melihat cermin mata miliknya tertusuk pada kepala anaknya.nangtime.com - Besi Cermin Mata Tertanam Masuk Kepala Anak

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Nurul Diyanah berkata, cermin mata tersebut biasanya diletakkan di tepi bantal namun entah macam mana boleh anaknya boleh terjatuh di atasnya lalu tertusuk pada kepalanya.

“Biasa tidur letak spek mata tepi bantal.. macam manalah Fateh jatuh katil sedar-sedar spek dah duduk dekat kepala,” katanya.

Nurul Diyanah cuba mencabut cermin mata tersebut tetapi gagal lalu dia membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Paka sebelum dikejarkan ke HSNZ, Kuala Terengganu.

nangtime.com - Besi Cermin Mata Tertanam Masuk Kepala Anak

“Besi dia pendek jer tapi tembus tengkorak. Nak tak nak kena buat pembedahan juga sebab bimbang ada kecederaan bawah tengkorak,” katanya.

nangtime.com - Besi Cermin Mata Tertanam Masuk Kepala Anak

Wanita itu kemudiannya meminta netizen agar mendoakan anaknya selamat menjalani pembedahan.

“Tolong doakan Fateh semoga kuat, selamat dan tiada kemudaratan lain.. aminn,” katanya.

nangtime.com - Besi Cermin Mata Tertanam Masuk Kepala Anak

Menerusi perkongsian yang lain, Nurul Diayanah sempat memberikan nasihat kepada para ibu bapa agar sentiasa mementingkan aspek keselamatan di dalam rumah masing-masing.

“Biasa kita simpan spek sebab tank nak bagi terduduk, terpijak atau jadi mainan anak-anak dan menyebabkan spek rosak.

nangtime.com - Besi Cermin Mata Tertanam Masuk Kepala Anak

“Tak sangka dan tak telintas untuk simpan spek takut membahayakan diri.

“Lepas ni pemilihan spek mata pun kena hati-hati selain simpan di tempat selamat.

nangtime.com - Besi Cermin Mata Tertanam Masuk Kepala Anak

“Nampak benda tu biasa jer tak terlintas boleh mendatangkan bahaya,” katanya.

Doakan Semoga anak ini cepat sembuh dan sihat.

Facebook Comments Box