Pada zaman sekarang, boleh dikatakan hampir smeua orang perlukan handphone dalam kehidupan harian mereka. Jika sehari tak pegang handphone, memang tak sah. ibu bapa atau penjaga di rumah juga seringkali mengambil jalan mudah untuk ‘mendiamkan’ anak-anak kecil mereka dengan membenarkan mereka bermain handphone meskipun rata-ratanya tahu perbuatan itu adalah sangat tidak digalakkan.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di China mengalami masalah pengelihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya.
Ini kerana mangsa kerap diberi bermain dengan telefon pintar dan menonton kartun setiap hari.
Tong Tong, hanya akan duduk diam jika diberi menonton kartun di telefon pintar oleh penjaganya.
Namun, apabila dia dibawa ke hospltal untuk melakukan pemer.iksaan sebelum masuk ke tadika, ahli keluarganya terkejut bila dimaklumkan tahap penglihatannya terjejas, iaitu rabun jauh (200 degree) dan terpaksa memakai cermin mata.
Doktor pakar oftalmologi memberitahu ibu bapa Tong Tong yang mereka sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil atau anak mengalami masalah pengIihatan (rabun) bila usia meningkat dewasa.
Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata untuk memperbetulkan semula pengelihatannya.
Tetapi jika mereka terus membenarkan Tong Tong menggunakan smartphone dengan kerap, dia berisiko mengalami masaIah mata yang serius termasuk buta pengIihatan.
Sumber: Setn, World of Buzz