Datang Jauh Nak Jumpa Gadis Disukainya, Lelaki Menangis Depan Kedai Selepas Cintanya Ditolak

Pada zaman sekarang, semakin banyak cara untuk berkenalan dengan orang, apatah lagi dengan kemunculan aplikasi-aplikasi sosial yang semakin banyak dari semasa ke semasa.Datang Jauh Nak Jumpa Gadis Disukainya, Lelaki Menangis Di Depan Kedai Selepas Cintanya Ditolak

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga, sudah beberapa kali dipaparkan di media akan kisah pasangan yang bertemu jodoh melalui permainan video online. Baru-baru ini tular mengenai video seorang pemuda yang ditemui menangis di hadapan salah satu kedai yang terletak di kawasan Kota Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.

Video pemuda tersebut yang dikongsikan oleh pemilik akaun instagram fakta.indo menjadi tular dan mencecah 300 ribu tontonan. Dalam perkongsian tersebut, rupanya diketahui kisah mengapa pemuda itu menangis tersesak-esak.Datang Jauh Nak Jumpa Gadis Disukainya, Lelaki Menangis Di Depan Kedai Selepas Cintanya Ditolak

Pemuda itu berkenalan dengan soerang wanita yang dikenalinya melalui permainan Mobile Legends dan datang dari Kota Pekanbaru untuk menemui wanita tersebut yang berada di Padang Ranjang.

Pemuda itu datang dengan menemupuh perjalanan jauh menggunakan motosikal demi nmenemui gadis pujaan hatinya. Namun ianya kemudian berakhir dengan kekecewaan apabila wanita tersebut telah menolak cintanya.

Disebabkan terlalu sedih dan kecewa kerana cintanya ditolak, pemuda ini pun terus menangis dengan kuat. Tangisannya telah menarik perhatian orang ramai yang berada disitu, lebih-lebih lagi situasi lelaki menangis di tempat awam adalah sangat jarang untuk dilihat.

Datang Jauh Nak Jumpa Gadis Disukainya, Lelaki Menangis Di Depan Kedai Selepas Cintanya Ditolak

“Apa dia cakap, kamu jahat? Cinta kamu ditolaknya? Iya. Kenal di mana? Mobile Legends,” begitulah antara pertanyaan penduduk setempat yang berbual dengan pemuda tersebut dan turut bersimpati dengannya. Seorang penduduk juga memberikan sebungkus teh untuk pemuda tersebut.

VIDEO:

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan pemuda tersebut dan memberikan kata-kata semangat buatnya.

Facebook Comments Box