Dianggap Pupus Sejak Lebih 170 Tahun Lalu, Burung Ini Muncul Semula Di Hutan Indonesia

Dua orang penduduk Kalimantan Selatan boleh dikatakan manusia yang bertuah kerana telah menemui sesuatu yang sudah ‘lenyap’ dari dunia sejak sekian lama.Dianggap Pupus Sejak Lebih 170 Tahun Lalu, Burung Ini Muncul Semula Di Hutan Indonesia

Pada bulan Oktober tahun 2020, Muhammad Suranto dan Muhammad Rizky Fauzan sedang mengumpulkan hasil hutan di satu daerah yang tidak jauh dari tempat tinggal mereka. Namun mereka kemudian menemui satu spesies burung yang tidak pernah dilihat mereka selama ini dan membuat keputusan untuk menangkapnya.

Selepas burung itu berjaya ditangkap, mereka pun mengambil gambar burung itu dari pelbagai sudut dan kemudian melepaskannya kembali. Mereka kemudian memaklumkan kepada kumpulan peminat burung tempatan, BW Geleatus.Dianggap Pupus Sejak Lebih 170 Tahun Lalu, Burung Ini Muncul Semula Di Hutan Indonesia

Foto-foto burung tersebut pun menjadi perbincangan hangat dikalangan mereka dan penemuan itu juga dikongsi dengan pakar zoologi Indonesia.

Akhirnya seorang Peneliti Ornitologi Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia [LIPI] yang dikenali sebagai Mohammad Irham pada 9 Oktober 2020 memberitahu burung itu adalah dari keluarga Malacocincla.Dianggap Pupus Sejak Lebih 170 Tahun Lalu, Burung Ini Muncul Semula Di Hutan Indonesia @allheboh

Akhirnya spesis burung tersebut disahkan sebagai pelanduk kalimantan [Malacocincla perspicillata] iaitu burung yang dianggap pupus sejak 172 tahun yang lalu. Penemuan itu merupakan satu berita yang mengejutkan dan pada masa yang juga menggembirakan para ahli biologi.

Dianggap Pupus Sejak Lebih 170 Tahun Lalu, Burung Ini Muncul Semula Di Hutan Indonesia

Ketika ditemui pihak BBC Indonesia, Rizky Fauzan memberitahu mereka tidak menyangka burung tersebut adalah begitu istimewa dan seakan tidak percaya mereka telah menemui spesies burung yang dilaporkan sudah pupus melebihi 172 tahun.

Facebook Comments Box